Monday, May 30, 2011

Pembinaan ASZS pada tahun 2008.

Menariknya tentang Akademi Serantau Zon Selatan adalah kerana ia dibina hampir mengelilingi Stadium Dato Hasan Yunus. Dengan menggunakan ruangan yang sedia ada, kerja-kerja menaik taraf ruangan ini menjadi kemudahan Akademi bermula pada awal tahun 2008.

Pihak Majlis Sukan Negeri Johor telah banyak membantu memastikan kerja-kerja menaik taraf kemudahan ini berjalan dengan lancar. Ketua Unit, En. Hafiszal sentiasa memantau kerja-kerja menaik taraf ini dan mengemukakan laporan progress kepada pihak Majlis dari masa ke semasa.

Kemudahan yang di naik taraf diharap akan dapat membantu memastikan program latihan yang dirancang dilaksanakan dengan lebih baik bagi membolehkan atlet-atlet muda dari sekitar zon selatan diberi peluang latihan yang sama dengan kemudahan yang diberikan di Bukit Jalil.