Saturday, July 9, 2011

Laporan Sesi Petang Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Ke-2,2011.



Tarikh : 9 Julai 2011 ( Sabtu )
Masa : 02:00 petang hingga 05:00 petang
Venue : Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah Darul Aman
Cuaca : Panas

Kategori Recurve Lelaki dan Wanita Berpasukan telah berakhir pada sebelah pagi dan diteruskan dengan Kategori Mix Team pada sebelah petang. Sebanyak 11 pasukan telah memberikan saingan pada permulaan. Saingan dimulakan dengan sightest tepat jam 01:30 petang selama setengah jam untuk sesi pemanasan badan. Seterusnya diteruskan dengan saingan sebenar Kategori Mix Team.
Berikut disertakan maklumat berperingkat yang melibatkan Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau.

Kategori Mix Team Recurve 1/8:

Pelapis Kebangsaan vs ATM
-Pelapis Kebangsaan telah dikalahkan kelebihan 2 mata dengan pasukan ATM dengan kutipan mata 120 - 122 mata.

Serantau vs Melaka
-Gandingan Mohd Asrizal dan Farah Amalina telah membuahkan kejayaan setelah menewaskan pasukan dari Melaka dengan kelebihan mata sebanyak 14 mata. Pasukan Serantau layak ke Separuh Akhir dengan kutipan mata sebanyak 125 mata.

Tempat Ketiga dan Keempat Mix Team Recurve :
-Pasukan Serantau berjaya mendapat tempat KETIGA setelah menewaskan ATM dengan pungutan mata 129 - 124.

Johan dan Naib Johan :
-Pasukan Elit mengekalkan momentum mereka dengan muncul juara setelah menewaskan pasukan UPM 141 - 123.

Tahniah kepada pasukan Pelapis Serantau kerana meraih pingat dalam acara Mix Team. Esok kejohanan akan diteruskan dengan Kategori Olimpik Round. Diharapkan agar para atlet dapat memberikan saingan yang sengit kepada pemanah-pemanah dari pasukan yang lain.

Kedudukan pingat kategori MIX TEAM :
1.Emas - Elit
2.Perak - UPM
3.Gangsa - Serantau
4.Keempat - ATM

Laporan disediakan oleh :
Shahriful Nizam Ramli
A.Rahimi Ahmad Sulaiman

Laporan hari ke 4 Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Kali Ke-2,2011.




Tarikh : 9 Julai 2011 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Venue : Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah Darul Aman
Cuaca : Panas
HARI KEEMPAT

Kategori recurve lelaki dan wanita individu telah menamatkan saingan pada hari semalam dan akan memulakan saingan hari keempat dengan kategori Recurve Lelaki dan Wanita berpasukan sebanyak 16 pasukan (Recurve Lelaki) dan 8 pasukan (Recurve Wanita). Saingan dimulakan dengan sightest tepat jam 8.30 pagi dengan jarak 70 mtr untuk sesi pemanasan badan dan akan memulakan saingan sebenar jam 9.00 pagi. Berikut disertakan maklumat berperingkat yang melibatkan Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau.

Kategori recurve lelaki berpasukan peringkat kalah singkir (1/8)

ATM D (198) vs Serantau (196)
*pasukan serantau telah dikalahkan oleh pasukan ATM D dan tidak melayakkan diri ke peringkat 1/4(suku akhir).

Sabah (174) vs Pel Kebangsaan A(176)
*pasukan pelapis kebangsaan A telah melayakkan diri dan akan bertemu UPM A pada peringkat suku akhir (1/4)

ATM C (190) vs Pel Kebangsaan B(179)
*pasukan pelapis kebangsaan B kurang bernasib baik setelah dikalahkan oleh ATM C.Ini bermakna ATM C melayakkan diri ke peringkat suku akhir(1/4)

Peringkat suku akhir(1/4)

UPM A (188) vs Pel Kebangsaan A (186)
*pasukan pelapis kebangsaan gagal melayakkan ke peringkat separuh akhir (1/2) yang telah dikalahkan oleh UPM A.

Kategori recurve wanita berpasukan

Berita gembira telah menceriakan kem pasukan pelapis serantau dimana serantau A(ASZS) dan serantau B (ASZU) telah melayakkan diri ke peringkat suku akhir (1/4). Berikut keputusan pada peringkat suku akhir (1/4) yang melibatkan pasukan serantau.

Peringkat suku akhir (1/4)

ATM A (150) vs Serantau A (154)
*pasukan serantau A (ASZS) telah menewaskan pasukan ATM A untuk melayakan diri ke peringkat separuh akhir (1/2)

Serantau B (164) vs UPM A (187)
*manakala pasukan serantau B (ASZU) tidak bernasib baik untuk mengikut jejak pasukan serantau B ke peringkat separuh akhir (1/2)

Peringkat separuh akhir (1/2)

Elit (205) vs Serantau A(ASZS) (148)
*pasukan serantau A (ASZS) angkur dengan kehebatan pasukan elit dengan jarak markah yang jauh.pasukan Elit telah melayakkan ke peringkat akhir manakala pasukan serantau A akan berjuang untuk tempat ketiga.

Peringkat Tempat Ketiga / Keempat

Serantau A(147) vs Melaka (141)
*tahniah diucapkan kepada pasukan serantau A(ASZS) kerana telah mengalahkan pasukan melaka untuk menduduki tempat yang ketiga.

Kedudukan pingat untuk kategori recurve lelaki berpasukan

Emas - pasukan Elit
Perak - pasukan ATM A
Gangsa - pasukan ATM B
Keempat - pasukan UPM A

Kedudukan pingat untuk kategori recurve wanita berpasukan

Emas - pasukan Elit
Perak - pasukan UPM A
Gangsa - pasukan Serantau A(ASZS)
Keempat - pasukan Melaka

Laporan disediakan oleh:
A.Rahimi Ahmad Sulaiman
Shahriful Nizam Ramli

Laporan Sesi Petang Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit Kebangsaan Ke-2,2011.



Tarikh : 8 Julai 2011 (Jumaat)
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Venue : Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar,Kedah Darul Aman.
Cuaca : Panas terik

Kejohanan ini diteruskan lagi pada sesi sebelah petang untuk jarak 50 meter dan 30 meter bagi kategori wanita individu yang bermula tepat jam 02.00 petang. Atlet diberi masa selama 30 minit latihan rasmi sebelum sesi pertandingan dimulakan. Berikut adalah keputusan rasmi untuk kategori individu dan berpasukan bagi saingan pada petang ini:

Jarak 50 Meter wanita (Individu):
1.Fatin Sabrina (ASZS) - Serantau A - 244 mata
2.Hannanie (ASZU) - Serantau B - 236 mata
3.Siti Nur Hatika (ASZU) - Serantau B - 242 mata
4.Nurhuda Azida (ASZS) - Serantau A - 194 mata
5.Farah Amalina (ASZS) - Serantau A - 277 mata
6.Nur Naseha (ASZU) - Serantau B - 228 mata

Jarak 30 Meter wanita (Individu):
1.Fatin Sabrina (ASZS) - Serantau A - 306 mata
2.Hannanie (ASZU) - Serantau B - 306 mata
3.Siti Nur Hatika (ASZU) - Serantau B - 316 mata
4.Nurhuda Azida (ASZS) - Serantau A - 245 mata
5.Farah Amalina (ASZS) - Serantau A - 321 mata
6.Nur Naseha (ASZU) - Serantau B - 257 mata

Markah Keseluruhan Individu:
1.Fatin Sabrina (ASZS) - Serantau A - 1081 mata
2.Hannanie (ASZU) - Serantau B - 1068mata
3.Siti Nur Hatika (ASZU) - Serantau B - 1079 mata
4.Nurhuda Azida (ASZS) - Serantau A - 910 mata
5.Farah Amalina (ASZS) - Serantau A - 1168 mata
6.Nur Naseha (ASZU) - Serantau B - 897 mata

Markah Keseluruhan Berpasukan Wanita:
1. Elit - 3694 mata
2.UPM A - 3464 mata
3.UiTM - 3261 mata

*Pasukan Serantau A mendapat tempat ke-4 dengan mata keseluruhan berpasukan sebanyak 3159 mata manakala Pasukan Serantau B ditempat ke-7 dengan mata keseluruhan sebanyak 3044 mata.

Keadaan cuaca yang amat panas pada petang ini menyebabkan para atlet merasa keletihan dan prestasi sedikit terjejas.

Disediakan oleh
Shahriful Nizam Bin Ramli

Friday, July 8, 2011

Laporan awal hari ketiga Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Ke-2 2011




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tarikh : 08 Julai 2011 (Jumaat)
Masa : 08:00 - 12:00 tengahari
Venue : Stadium Sultan Abdul Halim,Alor Setar,Kedah Darul Aman

HARI KETIGA

Hari ketiga membuka tirai Kejohanan dalam jarak 50 meter dan 30 meter kategori Recurve Lelaki. Sesi latihan rasmi bermula pada jam 08:30 pagi selama 30minit. Tepat jam 09:00 pagi saingan bagi jarak 50 meter dimulakan. Keadaan cuaca amat panas pada sebelah pagi. Jarak 30 meter pula akan diteruskan selepas selesai jarak 50 meter. Berikut disertakan keputusan pada sebelah pagi :

Jarak 50 Meter Lelaki (individu):
1.Mohd Asrizal (ASZS) - 313 mata
2.Mohd Ikram Joni (ASZU) - 284 mata
3.Mohd Alif Adha (ASZU) - 288 mata

Jarak 30 Meter Lelaki (Individu):
1.MohdAsrizal (ASZS) - 327 mata
2.Mohd Ikram Joni (ASZU). - 302 mata
3.Mohd Alif Adha (ASZU) - 316 mata

Mata keseluruhan Berpasukan :
1.Elit - 3753 mata
2.ATM A - 3623 mata
3.ATM c - 3612 mata

Pasukan Pelapis Serantau mendapat tempat ke-8 keseluruhan dengan kutipan mata sebanyak 3449 mata.

Laporan oleh:
Shahriful Nizam bin Ramli

Thursday, July 7, 2011

Laporan hari kedua sesi petang Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Ke-2





Tarikh : 7 Julai 2011 (Khamis)
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Venue : Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar,Kedah Darul Aman.
Cuaca : Panas

Kejohanan ini diteruskan lagi pada sesi sebelah petang untuk jarak 70 mtr dan 60 mtr bagi kategori wanita individu yang bermula tepat jam 02.00 petang. Atlet diberi masa selama 30 minit latihan rasmi sebelum sesi pertandingan dimulakan. Berikut adalah keputusan rasmi untuk kategori individu dan berpasukan bagi saingan pada petang ini:

Jarak 60 Meter wanita (Individu):

1.Fatin Sabrina (ASZS) - Serantau A - 274 mata
2.Hannanie (ASZU) - Serantau B -270 mata
3.Siti Nur Hatika (ASZU) - Serantau B - 281 mata
4.Nurhuda Azida (ASZS) - Serantau A - 237 mata
5.Farah Amalina (ASZS) - Serantau A - 183 mata
6.Nur Naseha (ASZU) - Serantau B - 224 mata

Jarak 70 Meter wanita (Individu):
1.Fatin Sabrina (ASZS) - Serantau A - 257 mata
2.Hannanie (ASZU) - Serantau B - 256 mata
3.Siti Nur Hatika (ASZU) - Serantau B - 240 mata
4.Nurhuda Azida (ASZS) - Serantau A - 234 mata
5.Farah Amalina (ASZS) - Serantau A - 274 mata
6.Nur Naseha (ASZU) - Serantau B - 192 mata

Markah Keseluruhan Individu:

1.Fatin Sabrina (ASZS) - Serantau A - 531 mata
2.Hannanie (ASZU) - Serantau B - 526 mata
3.Siti Nur Hatika (ASZU) - Serantau B - 521 mata
4.Nurhuda Azida (ASZS) - Serantau A - 471 mata
5.Farah Amalina (ASZS) - Serantau A - 457 mata
6.Nur Naseha (ASZU) - Serantau B - 416 mata

Markah Keseluruhan Berpasukan Wanita:

1. Elit. - 1773 mata
2.UPM A - 1728 mata
3.UiTM - 1593 mata
*Pasukan Serantau B mendapat tempat ke-6 dengan mata keseluruhan berpasukan sebanyak 1463 mata manakala Pasukan Serantau A ditempat ke-7 dengan mata keseluruhan sebanyak 1459 mata.

Markah Keseluruhan Berpasukan Lelaki:

1.Elit - 1812 mata
2.ATM A - 1690 mata
3.Pelapis Kebangsaan - 1686 mata
*Pasukan Serantau mendapat tempat ke-8 dengan mata keseluruhan berpasukan sebanyak 1619 mata.

Disediakan oleh
Shahriful Nizam Bin Ramli

Laporan hari kedua Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Ke-2 2011



Hari kedua kejohanan dimulakan dengan sesi latihan rasmi pada pukul 08:30 pagi dalam keadaan cuaca yang mendung. Seterusnya tepat jam 09:30 pagi saingan kat 90 Meter dan kat 70 Meter bagi kategori lelaki. Berikut adalah keputusan bagi saingan bagi hari ini:

Kat 90 Meter:
1.Mohd Alif Adha(ASZU)            - 261
2.Mohd Asrizal(ASZS)                 - 260
3.Mohd Ikram Joni(ASZU)       - 241

Kat 70 Meter:
1.Mohd Alif Adha (ASZU).           - 300
2.Mohd Asrizal (ASZS).               - 291
3.Mohd Ikram Joni. (ASZU).     - 266

Jumlah Kesuluruhan (Kat 90 mtr & 70 mtr)
1.Mohd Alif Adha (ASZU).           - 561
2.Mohd Asrizal (ASZS).               - 591
3.Mohd Ikram Joni. (ASZU).     - 507


Laporan disediakan oleh:

Shahriful Nizam Ramli

Sunday, July 3, 2011

PENGLIBATAN ATLET PELAPIS SERANTAU MEWAKILI MALAYSIA DI 37TH MEN-17TH WOMEN WORLD JUNIOR WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS 2011.





Tarikh: 03 Julai 2011
Masa : 10:30 pagi- 12:00 tengahari
Tempat : Penang International Sport Arena (Pulau Pinang)


Pada hari keempat kejohanan melibatkan penyertaan atlet pelapis serantau Akademi Serantau Zon Selatan, Johor yang mewakili pasukan Malaysia iaitu Nor Shahida Abdul Halim bertanding bagi kategori 63 kg wanita. Pada kategori ini, seramai 19 atlet bertanding bagi merebut pingat dalam acara snatch, clean and jerk dan total.

Berikut adalah pencapaian Nor Shahida Abdul Halim

Kat 63 kg wanita

Penyertaan atlet

1. Nor Shahida Abdul Halim
Snatch : 66 kg (tempat 19)
Clean & Jerk : 75 kg (tempat ke 19)
Total : 141 kg (tempat ke 19)
Sekian

Friday, July 1, 2011

PENGLIBATAN ATLET PELAPIS SERANTAU MEWAKILI MALAYSIA DI 37TH MEN-17TH WOMEN WORLD JUNIOR WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS 2011.






Tarikh: 01 Jun 2011
Masa : 12:30 tengahari- 2:30 petang
Tempat : Penang International Sport Arena (Pulau Pinang)


Pada hari kedua kejohanan melibatkan penyertaan atlet pelapis serantau Akademi Serantau Zon Selatan, Johor yang mewakili pasukan Malaysia iaitu Mohd Fadhli Ahmad bertanding bagi kategori 62 kg lelaki. Pada kategori ini, seramai 24 atlet bertanding bagi merebut pingat dalam acara snatch, clean and jerk dan total.

Berikut adalah pencapaian Mohd Fadhli Ahmad.

Kat 62 kg lelaki

Penyertaan 24 atlet

1. Mohd Fadhli Ahmad
Snatch : 108 kg (Tempat ke 17)
Clean & Jerk : 125 kg ( Tempat ke 23 )
Total : 233 kg (Tempat ke 21)

Sekian