Sunday, May 6, 2012

LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2012

Tarikh : 05 Mei 2012 (Sabtu)
Masa  : 08:00 pagi hingga 02.00 petang
Venue : Lapang Sasar Memanah UUM, Sintok, Kedah
Cuaca : Panas

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

HARI KETIGA (OLIMPIK ROUND)

Kejohanan memanah telah memasuki hari ketiga pertandingan dengan kategori Olimpik Round bagi Recurve lelaki dan wanita. Kejohanan bermula jam 8.00 pagi dengan latihan rasmi selama 45 minit untuk sesi pemanasan badan sebelum saingan sebenar berlangsung tepat jam 9.00 pagi. Peringkat 1/48 bagi Recurve lelaki seramai 128 orang atlet dan kategori 1/48 Recurve wanita dengan penyertaan seramai 72 orang atlet yang terlibat. Berikut adalah keputusan kejohanan :

Peringkat 1/48 Recurve Lelaki Olimpik Round :

- Mohd Ikram Joni (PS) vs Shakir Zufuyri Bukri (UITM Pahang B)
  Mohd Ikram layak ke peringkat 1/32 apabila menewaskan Shakir Zufuyri Bukri dengan pungutan mata 6-0.

- Mohd Faees Md Farood (PS) vs Mohd Imran Shah (PM Selangor B)
  Mohd Faees Md Farood layak ke peringkat 1/32 apabila menewaskan Mohd Imran Shah dengan pungutan      mata 6-0.

- Mohd Safwan (PS) vs Nur Arif Azli (PS)
  Nur Arif Azli layak ke peringkat 1/32 apabila menewaskan rakan sepasukan dengan pungutan 6-4.

- Mohd Norhairul Nizam (PS) vs Nor Syahrul Lail (ATM D)
  Mohd Faees layak ke peringkat 1/32 apabila menewaskan Nor Syahrul Lail dengan pungutan mata 6-4. 

- Mohd Syazwan (PP) vs Mohd Afiq Qayyum Hassan (PS)
  Mohd Syazwan layak ke peringkat 1/32 apabila menewaskan Mohd Afiq Qayyum dengan pungutan mata 6-3.

- Chan Ren Ken (PS) vs Nazrin Aizad (UPM A)
  Nazrin Aizad layak ke peringkat 1/32 apabila menewaskan Chan Ren Ken dengan pungutan mata 6-0.

- Jackie Lojohn (ATM D) vs Mohd Lukman Fitri Jasli (PS)
  Jackie Lojohn layak ke peringkat 1/32 apabila menewaskan Mohd Lukman Fitri dengan pungutan mata 7-6.

Peringkat 1/32 Recurve Lelaki Olimpik Round:

- Mohd Ikram Joni (PS) vs Mohd Faris (PP)
  Mohd Faris layak ke peringkat 1/16 apabila menewaskan Mohd Ikram Joni dengan pungutan mata 7-5.

- Mohd Faees Md Farood (PS) vs Izar Md Jelani (ATM E)
  Izar Md Jelani layak ke peringkat 1/16 apabila menewaskan Mohd Faees dengan pungutan mata 6-2.

- Noor Aiman (PP) vs Nur Arif Azli (PS)
  Noor Aiman layak ke peringkat 1/16 apabila menewaskan Nur Arif Azli dengan pungutan mata 6-0.

- Muhammad Syahir (PM Selangor A) vs Mohd Norhairul Nizam (PS)
  Muhammad Syahir layak ke peringkat 1/16 apabila menewaskan Norhairul Nizam dengan pungutan mata 6-0.

Badi kekalahan terus menyelubungi pasukan Pelapis Serantau apabila semua pemanah gagal ke pusingan seterusnya apabila kalah kepada pesaing masing - masing. Antara faktor berkemungkinan masih ada perasaan gementar pada setiap diri pemanah-pemanah kita.

Pemenang bagi acara Recurve Lelaki Olimpik Round :
1) Emas - Riau Ega Agata (East Java)
2) Perak - Atil Bazil Bakri (Pelapis Kebangsaan A)
3) Gangsa - Arif Farhan (MSN Elit)
4) Keempat - Abdul Rahman Othman (ATM D)

Untuk perlawanan akhir Recurve Lelaki Olimpik Round menemukan pemanah Malaysia bertemu pemanah Indonesia. Perlawanan itu tidak memihak pemanah kita apabila tewas 6-3 kepada pemanah Indonesia. Tahniah diucapkan kepada Atil Bazil atas usaha gigih walaupun tewas kepada pemanah dari Indonesia.

Berikut pula keputusan bagi atlet-atlet Recurve wanita Pelapis Serantau :

Peringkat 1/48 Recurve Wanita Olimpik Round:

- Nur Naseha Rusli (PS) vs Irza Hanie (UPM)
  Nur Naseha Rusli layak ke peringkat seterusnya apabila menewaskan Irza Hanie dengan pungutan mata 6-0.

- Siti Nur Hatika Ibraim (PS)
  Mendapat bye ke pusingan seterusnya.

- Nurshaqinah Zainal (PS)
  Mendapat bye ke pusingan seterusnya.

- Nur Aliya Ghapar (PS)
  Mendapat bye ke pusingan seterusnya.

- Farah Amalina (PS) vs Caryn Sim
  Farah Amalina layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Caryn Sim dengan pungutan mata 6-2.

- Loke Shin Hui (PS)
  Mendapat bye ke pusingan seterusnya.

- Nur Aina Yasmin (PS)
  Mendapat bye ke pusingan seterusnya.

- Nurul Ain (PS) vs Noor Shahirah (USPTN)
  Nurul Ain layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Noor Shahirah dengan pungutan mata 6-0.

- Aina Syamimi (ATM) vs Sunatra (PS)
  Sunatra layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Aina Syamimi dengan pungutan mata 6-0.

- Nor Syahirah Ishak (Perlis B) vs Teoh Weng Zhing (PS)
  Nor Syahirah Ishak layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan atlet Pelapis Serantau dengan pungutan 6-2. 

- Hannanie Bt jae Sung Han (PS)
  Mendapat bye ke pusingan seterusnya.

Peringkat 1/32 Recurve Wanita Olimpik Round :

- Nur Naseha Rusli (PS) vs Siti Fatimah (PP)
  Nur Naseha tidak layak ke pusingan seterusnya apabila kalah kepada Siti Fatimah dengan pungutan mata 6-0.

- Nor Sa'adah (PARA) vs Siti Nur Hatika Ibrahim (PS)
  Siti Nur Hatika layak ke pusingan seterusnya apabila menang mudah dengan pungutan mata 6-0.

- Nurshaqinah (PS) vs Rinetha (HAFA)
  Nurshaqinah juga layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Rinetha dengan pungutan mata 6-2.

- Nur Fatah (JHR) vs Nur Aliya (PS)
  Nur Aliya ghapar layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Nur Fatah dengan pungutan mata 6-4.

- Farah Amalina (PS) vs Faeeznur (Perak)
  Farah Amalina kalah kepada lawannya dengan pungutan 6-0 seterusnya tidak melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

- Syarfa Zulaikha (PP) vs Loke Shin Hui (PS) 
  Loke Shin Hui layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Syarfa dengan pungutan mata 7-2.

- Nur Aina Yasmin (PS) vs Izzwan Syazana (UITM Pahang) 
  Nur Aina Yasmin kalah kepada lawan dengan pungutan mata 6-2 seterusnya tidak layak ke pusingan seterusnya.

- Nurul Ain (PS) vs Hafidayah (ATM A)
  Nurul Ain layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Hafidayah dengan pungutan mata 6-4.

- Nurul Nadia (PS) vs Sunatra (PS)
  Sunatra juga kalah kepada lawan dengan pungutan 6-2 seterusnya tidak layak ke pusingan seterusnya.

- Norazlina Abdullah (ATM C) vs Hannanie Jae Sung Han
  Hannanie juga kalah kepada lawan dengan pungutan mata 6-2 seterusnya tidak layak ke pusingan seterusnya.

Peringkat 1/8 Recurve Wanita Olimpik Round :

- Siti Fatimah (PP) vs Siti Nur Hatika (PS)
  Siti Nur Hatika gagal peringkat suku akhir apabila tewas kepada Syafiqah dengan mata 7-1.

- Nurshaqinah (PS) vs Fairuz (PK)
  Nurshaqinah gagal ke pusingan suku akhir apabila tewas kepada Fairuz dengan mata 2-6.

- Mirsa Verinica (East Java) vs Nur Aliya (PS)
  Nur Aliya juga gagal ke pusingan suku akhir apabila tewas kepada pemanah indonesia dengan mata 6-0.

- Loke Shin Hui (PS) vs Ezryn (Red Arrow A)
  Loke Shin Hui layak ke peringkat suku akhir apabila menewaskan Ezryn dengan pungutan mata 6-2

- Nuul Ain (PS) vs Dharma (SLGR)
  Nurul Ain juga gagal ke pusingan suku akhir apabila tewas kepada Dharma dengan mata 4-6.

Peringkat 1/8 Recurve Wanita Olimpik Round :

- Loke Shin Hui (PS) vs Faeeznur (Perak)
  Loke Shin Hui terpaksa menyerah kalah kepada pemanah Perak dengan pungutan mata 4-6 dan seterusnya tidak layak ke pusingan separuh akhir.

Saingan Bagi Recurve Wanita telah berakhir dimana setakat suku akhir sahaja dapat melayakkan diri. Ini bermakna tiada pungutan pingat bagi wanita mahupun lelaki. Diharap pemanah tidak berputus asa dengan keputusan masing-masing. 

Pemenang bagi acara Recurve Wanita Olimpik Round :
1) Emas - Novia Nuraini (East Java)
2) Perak - Diananda Choirunisa (East Java)
3) Gangsa - Mirsa Veronica Sandy (East Java)
4) Keempat - Norhuda Azida (Johor)

Tahniah diucapkan kepada para pemennag bagi kategori Recurve Lelaki dan Wanita. Semoga maju Jaya dalam mengharumkan nama negara dimata dunia.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh.

No comments:

Post a Comment