Saturday, May 26, 2012

LAPORAN HARI KETIGA SUKAN TINJU KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 01/2012(PELAPIS SERANTAU)

Tarikh : 26 Mei 2012
Masa : 12:00 pm - 5:30 pm
Tempat : Pantai Teluk Cempedak

Hari ketiga sukan Tinju merupakan peringkat separuh akhir. Seramai 6 peninju Pelapis Serantau turun ke gelanggang bagi menempatkan diri di peringkat akhir. Berikut merupakan keputusan penuh peninju Pelapis Serantau:

12:00 pm

Kat 46 kg (15 - 16 tahun)
1.Mohd Azuwan Mohd Nor (PS) kalahkan Muhammad Aiezam Fitri (TRG)

Kat 50 kg (15 - 16 tahun)
1.Mohd Hafiq Deris (PS) kalahkan Deva Vijian a/l Rameny (JHR)

Kat 52 kg (15 - 16 tahun)
1.Md.Azman Abd. Samad (PS) kalahkan Mohd Aimin (JOH)

Kat 54 kg (15 - 16 tahun)
1.Arfiqanie Ahmad (PS) kalahkan Semeul Fransnsiskus (BTM)

3:00 pm

Kat 60 kg (17 - 20 tahun)
1.Muhammad Hafiz Azam Najim (PS) kalahkan Paul Victer Jonis (LAB)

Kat 64 kg (17 - 20 tahun)
1. Syazwan Shah Omar (PS) tewas kepada Ahmad Bunyamin Yusof ( PP)

Secara keseluruhan,seramai 5 atlet tinju Pelapis Serantau layak ke peringkat akhir yang mana dijadualkan pada 27 Mei 2012 jam 12:00 tengahari.


Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LAPORAN HARI TERAKHIR SUKAN ANGKAT BERAT KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN O1/2012(PELAPIS SERANTAU)

Tarikh :26 Mei 2012
Masa. :10:00 am
Tempat :Dewan POLISAS

Hari terakhir sukan Angkat Berat mempertandingkan kategori 75 kg W, +75 kg W, 77 kg L, 85 kg L, 94 kg L, +94 kg L, 105 kg L, dan +105 kg. Seramai 4 atlet Pelapis Serantau bertanding pada hari ini yang mana melibatkan kategori 75 kg W,+75 kg W dan 94 kg L. Berikut merupakan keputusan hari terakhir sukan Angkat Berat bagi atlet Pelapis Serantau:

10:00 am

Snatch
Kat 75 kg W Bwh 21. 1.Siti Aisyah Rosli(PS) 67 kg. 2. Norshahida Abd Halim(PS) 66 kg. 3. Nurul Hatimi Azmi (TRG) 65 kg.

Clean n Jerk
Kat 75 kg W Bwh 21. 1.Siti Aisyah Rosli(PS) 90 kg. 2. Norshahida Abd Halim(PS) 86 kg. 3. Nurul Hatimi Azmi (TRG) 80 kg.

Snatch
Kat +75 kg W Bwh 21. 1. Siti Fatimah Abdullah (TRG) 65 kg. 2. Anis Aina (PS) 65 kg. 3. Nur ashima (LAB) 56 kg.

Clean n Jerk
Kat +75 kg W Bwh 21. 1. Siti Fatimah Abdullah (TRG) 90kg. 2. Anis Aina (PS) 80 kg. 3. Nur Syafika (PHG) 78 kg

2:00 pm

Snatch
Kat 94 kg L Bwh 21. 1. Azmer Abd Rahman(TRG) 135 kg. 2. Mohd Ekhwaan Abd Aziz (PS) 130 kg.

Clean n Jerk
Kat 94 kg L Bwh 21. 1. Azmer Abd Rahman(TRG) 140 kg. 2. Mohd Ekhwaan Abd Aziz (PS) 135kg.

Kejohanan tamat pada jam 4:00 pm dan diikuti dengan upacara penyampaian hadiah.

Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LAPORAN HARI KEDUA SUKAN TINJU KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 01/2012(PELAPIS SERANTAU)

Tarikh : 25 Mei 2012
Masa : 3:00 pm - 7:00 pm
Tempat : Pantai Teluk Cempedak

Hari kedua sukan Tinju memasuki peringkat suku akhir yang mana sebanyak 21 bout dipertandingkan. Bagi peringkat umur 15 - 16 tahun melibatkan kategori 46 kg manakala peringkat umur 17 - 20 tahun melibatkan kategori 46 kg,49 kg,52 kg,56 kg,60 kg,64 kg dan 69 kg.Seramai 3 atlet Pelapis Serantau bertanding pada hari ini.Berikut merupakan keputusan atlet Pelapis Serantau.

3:00 pm

Peringkat Suku Akhir (15 - 16 tahun)

Kat 46 kg

Bout 1
Mohd Azuwan Mohd Nor(PS) kalahkan Muhamad Sanusi(KEL)

4:30 pm

Peringkat Suku Akhir (17 - 20tahun)

Bout 13
1. Muhammad Fitri (PAH) kalahkan Thamilvanan (PS)

Bout 16
2.Muhammad Hafiz Azam(PS) kalahkan Mohd Haziq Mohamad(PER)

Mohd Azwan Mohd Nor dan Mohd Hafiz Azam layak ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mei 2012.

Sekian

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LAPORAN HARI KEDUA SUKAN ANGKAT BERAT KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 01/2012(PELAPIS SERANTAU)

Tarikh :25 Mei 2012
Masa : 10:00 am - 6:30 pm
Tempat : Dewan POLISAS

Hari kedua sukan Angkat Berat mempertandingkan kategori 69 kg L, 58 kg W, 63 kg W dan 77 kg L Bwh 21 tahun. Seramai 5 atlet Angkat Berat Pelapis Serantau bertanding pada hari ini.Berikut merupakan pencapaian atlet Pelapis Serantau:

Snatch
Kat 69 kg L Bwh 16. 1. Arief Azwah (SEL)92 kg. Elvin Elvister (PS) 87 kg. 3. Mohd Firdaus (KEL) 83 kg

Clean n Jerk
Kat 69 kg L Bwh 16.Elvin Elvister (PS) 108 kg. 2. Arief Azwah (SEL)107 kg 3. Mohd Firdaus (KEL) 98 kg

Snatch
Kat 69 kg Bwh 21. Mohammad Solehin (KED) 115 kg. 2. Muhammad Nur Saiful (SEL). Mohd Hafizi (PRK)95 kg.

Clean n Jerk
Kat 69 kg Bwh 21. Mohammad Solehin (KED) 133 kg. 2. Muhammad Nur Saiful (SEL) 120 kg. Barrey Barry Englebert(PS) 120 kg.

3:00 pm

Snatch
Kat 63 kg Bwh 16. 1. Rosamira Ab Lah (PS) 60 kg

Clean n Jerk
Kat 63 kg Bwh 16. 1. Rosamira Ab Lah (PS) 75 kg

Snatch
Kat 63 kg Bwh 21. 1. Nurshafia Iwani(PS) 63 kg. 2. Fessy Felix (SBH) 58 kg

Clean n Jerk
Kat 63 kg Bwh 21. 1. Nurshafia Iwani(PS) 75 kg. 2. Fessy Felix (SBH) 71 kg

Snatch
Kat 69 kg Bwh 16. Najwa Aqilah(PS) 57 kg. 2. Jabriella Toe Samuel (Putrajaya) 53 kg. 3. Norhayati (KEL) 48 kg

Clean n Jerk
Kat 69 kg Bwh 16. Najwa Aqilah(PS) 73 kg. 2. Jabriella Toe Samuel (Putrajaya) 65 kg. 3. Norhayati (KEL) 55 kg

Esok merupakan hari terakhir sukan Angkat Berat yang mana melibatkan 3 atlet Pelapis Serantau iaitu bagi kategori 75 kg W dan 94 kg L.

Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, May 25, 2012

LAPORAN HARI PERTAMA SUKAN ANGKAT BERAT KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 01/2012 (PELAPIS SERANTAU)



Tarikh.   : 24 Mei 2012
Masa      : 9:00 am - 8:30 pm
Tempat : Dewan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

Hari pertama Kejohanan Angkat Berat Karnival Remaja Kebangsaan 01/2012 bermula dengan kategori , 50 kg L,52 kg L, 44 kg W,48 kg W,53 kg W dan 62 kg L. Seramai 7 atlet Angkat Berat Pelapis Serantau dari Akademi Serantau Zon Selatan Johor, Akademi Serantau Zon Utara Pulau Pinang dan Pusat Latihan Serantau Kota Bahru Kelantan bertanding pada hari ini. Berikut merupakan keputusan hari pertama atlet Pelapis Serantau:

12:00 am

Snatch

Kat 56 kg L Bwh 16. 1. Elvender Rith John (SEL) 85 kg. 2. Calixtus Daunis (PS) 83 kg. 3. Mohd Darul Najmi (KEL) 78 kg

Clean n Jerk

Kat 56 kg L Bwh 16. 1. Calixtus Daunis (PS) 110 kg 2. Elvender Rith John (SEL) 106 kg. 3. Mohd Zaidi Mohd Nordin (KEL) 102 kg

3:00 pm

Snatch

Kat 48 kg Bwh 21. 1. Syamimi (PS) 60 kg. 2. Vivian Tony (SBH) 53 kg

Clean n Jerk
Kat 48 kg Bwh 21. 1. Syamimi (PS) 63 kg. 2. Vivian Tony (SBH) 55 kg

Snatch
Kat  53 kg Bwh 16. 1. Nurshafia Irwanie (PS). 57 kg. 2. Fatin Nor Alia (PHG) 50 kg

Clean n Jerk
Kat  53 kg Bwh 16. 1. Nurshafia Irwanie (PS). 71 kg. 2. Fatin Nor Alia (PHG) 55 kg

6:00 pm

Snatch

Kat 62 kg Bwh 21. 1. Mohd Fadhli Ahmad(JHR) 111 kg. 2. Mohd Dinie Akmal (KDH) 110 kg. Mohd Hazril Huzairi (PS) 108 kg

Clean Jerk
Kat 62 kg Bwh 21. 1. Mohd Hazril Huzairi (PS) 108 kg. 2. Mohd Dinie Akmal (KDH) 132 kg. 3. Loro Welkinson Peuji (PS) 130 kg

Esok akan bersambung kategori 69 kg L, 58 kg W, 63 kg W,69 kg W dan 77 kg W.
Sekian.

LAPORAN HARI PERTAMA SUKAN TINJU KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 01/2012 (PELAPIS SERANTAU)



Tarikh : 24 Mei 2012
Masa  : 3:00 pm – 7:00 pm
Tempat : Pantai Rekreasi Teluk Cempedak
Hari pertama Karnival Remaja Kebangsaan 01/2012 bagi sukan Tinju bermula pada jam 7:00 pagi bagi  sesi timbang berat dan diteruskan dengan pertandingan jam 3:00 petang. Seramai  4 atlet Tinju Pelapis Serantau Akademi Serantau Zon Selatan, Johor bertanding diperingkat pusingan pertama. Berikut merupakan keputusan hari pertama :
Kat 52 kg (15 – 16 tahun)
1.Md. Azman Abd Samad (ASZS)
 Kalahkan peninju Dely Chamat (SWK)
Kat 54 kg (17 – 20 tahun)
2.Arfiqanie Ahmad Ahmad Anshori (ASZS)
Kalahkan Khairul Fahmi Ahmad (KED)
Kat 60 kg (17 – 20 tahun)
3.Mohd Raqib Khairudin (ASZS)
Kalah kepada Paul Victor Jonis (LAB)
Kat 81 kg (17 – 20 tahun)
Kalah kepada Mohd Alishah (Johor)
Pada pusingan pertama, Md Azman Abd Samad dan Arfiqanie Ahmad Anshori telah melayakkan diri ke pusingan kedua.
Sekian

Thursday, May 24, 2012

KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 01/2012 PAHANG




       Karnival Remaja Kebangsaan 01/2012 yang diadakan di Pahang bermula pada 23 – 27 Mei  2012 adalah rentetan daripada Karnival Pelapis Negeri  yang mana hanya nama karnival ditukar. Sebanyak 5 sukan dipertandingkan iaitu Memanah, Angkat Berat, Tinju, Menembak dan Sepak Takraw. Pada kali ini, atlet Pelapis Serantau turut serta memeriahkan karnival ini yang mana melibatkan atlet Pelapis Serantau bagi sukan Angkat Berat, Memanah dan Tinju. Semua yang terlibat mewakili Akademi Serantau Zon Utara Pulau Pinang, Akademi Serantau Zon Selatan Johor dan Pusat Latihan Serantau Kota Bahru Kelantan. Pada 22 Mei 2012, seramai 20 atlet 3 jurulatih (memanah),  10 atlet 4 jurulatih (angkat berat) dan 9 atlet 2 jurulatih (tinju) telah tiba di Kuantan Pahang manakala pada 23 Mei 2012, seramai 6 atlet 2 jurulatih (angkat berat) turut tiba. Penginapan atlet Pelapis Serantau adalah di Grand City Hotel. Satu sesi perjumpaan atlet pelapis serantau juga turut diadakan pada 23 Mei 2012, jam 4:00 petang yang mana ia di pengerusikan oleh En Izuwan Hj Mohd Arifin iaitu Ketua Unit Pelapis Serantau. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk memberi kata nasihat serta semangat kepada atlet yang baru mahupun lama. Semoga atlet Pelapis Serantau dapat mempamerkan prestasi yang terbaik pada karnival ini.

Monday, May 7, 2012

LAPORAN HARI KEEMPAT KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2012

Tarikh : 06 Mei 2012 (Ahad)
Masa : 08.00 pagi hingga 05:00 petang
Venue : Lapang Sasar Memanah UUM, Sintok, Kedah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kejohanan telah memasuki hari keempat dimana saingan Recurve Lelaki dan Wanita Berpasukan akan berlangsung pada sebelah pagi. Untuk Recurve Lelaki dan Wanita sebanyak 16 pasukan akan memulakan saingan dengan latihan rasmi pada jam 8.00 pagi selama 45 minit untuk sesi pemanasan badan. Seterusnya saingan sebenar bagi kategorti Recurve Lelaki dan Wanita Berpasukan dimulakan.

Berikut disertakan keputusan berperingkat bagi acara tersebut :

Recurve Lelaki Berpasukan 
Peringkat kalah mati (1/8)

Pelapis Serantau A vs PM Terengganu
* Pelapis Serantau telah melayakkan diri ke pusingan 1/4 selepas mengalahkan PM Terengganu dengan pungutan mata sebanyak 196-189.

Peringkat Suku Akhir (1/4)

Pelapis Serantau A vs MSN Elit
* Pelapis Serantau telah dikalahkan oleh MSN Elit dengan pungutan mata sebanyak 203-185. Ini bermakna penyertaan Pelapis Serantau untuk Recurve Lelaki Berpasukan hanya sampai di peringkat suku akhir sahaja. 

Kedudukan pingat untuk Acara Recurve Lelaki Berpasukan.
1. Emas - Pasukan East Java 
2. Perak - Pasukan ATM 
3. Gangsa - Pasukan Pelapis Kebangsaan A
4. Keempat - MSN Elit

Recurve Wanita Berpasukan 
Peringkat kalah mati (1/8)

Pelapis Serantau A vs UPM
* Pelapis Serantau telah melayakkan diri ke pusingan 1/4 selepas mengalahkan UPM dengan pungutan mata sebanyak 185-176.

UITM Pahang vs Pelapis Serantau B
Pelapis Serantau telah melayakkan diri ke pusingan 1/4 selepas mengalahkan UITM Pahang dengan pungutan mata sebanyak 159-146.

Pelapis Serantau C vs ATM C
* ATM C telah melayakkan diri ke pusingan 1/4 selepas mengalahkan Pelapis Serantau C dengan pungutan mata 178-157.

Peringkat Suku Akhir (1/4)

East Java vs Pelapis Serantau A
* Pelapis Serantau A telah mengalahkan pasukan dari Indonesia dengan pungutan mata 190 + 25 - 190 + 20. Pelapis Serantau A telah memberi persembahan yang terbaik dan seterusnya layak ke pusingan separuh akhir (1/2). Kemenangan tersebut telah memberi impak dan semangat untuk berlawan.

Red Arrow A vs Pelapis Serantau B
* Red Arrow A telah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dengan pungutan mata 183-170. ini bermakna hanya satu pasukan dari Pelapis Serantau sahaja yang layak ke pusingan seterusnya.

Peringkat Separuh Akhir (1/2)

Pelapis Serantau A vs ATM A
* berita gembira telah mencerikan kem pasukan Pelapis Serantau apabila Pelapis Serantau A telah melayakkan diri ke peringkat akhir selepas mengalahkan pasukan ATM A dengan pungutan mata 168-167 untuk berjumpa dengan pasukan Red Arrow A. Ini bermakna genggaman pingat sudah berada dalam tangan sama ada emas ataupun perak.

Peringkat Akhir

Pelapis Serantau A vs Red Arrow A
* Berita yang amat dukacita telah menyelubungi kem serantau apabila Pelapis Serantau A telah dikalahkan oleh pasukan Red Arrow A dengan pungutan mata 191-170.

Kedudukan pingat untuk Acara Recurve Wanita Berpasukan.
1. Emas - Pasukan Red Arrow A
2. Perak - Pasukan Pelapis Serantau A
3. Gangsa - Pasukan Johor
4. Keempat - ATM A

Tahniah kepada pasukan Pelapis Serantau A kerana meraih pingat dalam acara Recurve Wanita Berpasukan. Diharapkan agar para atlet dapat memberikan saingan yang terbaik selepas ini kepada pemanah-pemanah dari pasukan yang lain. 

Kategori Recurve Lelaki dan Wanita Berpasukan telah berakhir pada sebelah pagi dan diteruskan dengan Kategori Mix Team pada sebelah petang. Sebanyak 16 pasukan telah memberikan saingan pada permulaan. Saingan dimulakan dengan latihan rasmi tepat jam 02.00 petang selama 1 jam untuk sesi pemanasan badan. Seterusnya diteruskan dengan saingan sebenar Kategori Mix Team.

Berikut disertakan maklumat berperingkat yang melibatkan pasukan yang bertanding :

Kategori Mix Team Recurve lelaki (1/8)

UITM Pahang vs Pelapis Serantau
* UITM Pahang telah dikalahkan oleh Pasukan Pelapis Serantau dengan pungutan mata 111-115 dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan suku akhir (1/4).

Kategori Mix Team Recurve lelaki (1/4)

ATM Vs Pelapis Serantau
* Gandingan Mohd Faees dan Nur Aina Yasmin telah membuahkan kejayaan setelah menewaskan pasukan dari ATM dengan kelebihan mata sebanyak 06 mata. Pasukan Serantau layak ke Separuh Akhir dengan kutipan mata sebanyak 130-124.

Kategori Mix Team Recurve lelaki (1/2)

Pelapis Serantau vs Pelapis Kebangsaan 
* Perjuangan Pelapis Serantau berhenti di peringkat separuh akhir apabila dikalahkan oleh pelapis Kebangsaan dengan pungutan sebanyak 143-117. Ini bermakna Pelapis Serantau akan bertemu Pulau Pinang untuk menentukan kedudukan gangsa mahupun keempat.

Tempat Ketiga dan Keempat Mix Team Recurve 

-Pasukan Serantau tewas sekali lagi ditangan Pasukan Pulau Pinang dengan pungutan mata 131-136.

Johan dan Naib Johan :
-Pasukan Pelapis Kebangsaan tidak dapt mengekalkan momentum sebagai juara setelah tewas ditangan Pasukan dari Indonesia East Java dengan pungutan mata 144-134.

Kedudukan pingat kategori MIX TEAM :
1.Emas - Pasukan East Java
2.Perak - pasukan Pelapis Kebangsaan
3.Gangsa - Pasukan Pulau Pinang
4.Keempat - Pelapis Serantau.

Selepas tamat semua acara pada hari ini, Majlis Perasmian Penutup telah dijalankan dimana Pengarah Pusat Sukan UUM Encik Shafri Rejab hadir untuk merasmikan Perasmian Penutup Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2012. Maka Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2012 kali ke-27 telah melabuhkan tirai dengan rasminya. Diharap kejohanan seperti ini dapat diteruskan lagi untuk memberi peluang-peluang kepada pemanah baru mahupun lama untuk mempamerkan persembahan. Semoga kita berjumpa lagi dan "Majulah Sukan Untuk Negara".

Sekian, Terima Kasih.

Laporan Disediakan Oleh:
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Sunday, May 6, 2012

LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2012

Tarikh : 05 Mei 2012 (Sabtu)
Masa  : 08:00 pagi hingga 02.00 petang
Venue : Lapang Sasar Memanah UUM, Sintok, Kedah
Cuaca : Panas

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

HARI KETIGA (OLIMPIK ROUND)

Kejohanan memanah telah memasuki hari ketiga pertandingan dengan kategori Olimpik Round bagi Recurve lelaki dan wanita. Kejohanan bermula jam 8.00 pagi dengan latihan rasmi selama 45 minit untuk sesi pemanasan badan sebelum saingan sebenar berlangsung tepat jam 9.00 pagi. Peringkat 1/48 bagi Recurve lelaki seramai 128 orang atlet dan kategori 1/48 Recurve wanita dengan penyertaan seramai 72 orang atlet yang terlibat. Berikut adalah keputusan kejohanan :

Peringkat 1/48 Recurve Lelaki Olimpik Round :

- Mohd Ikram Joni (PS) vs Shakir Zufuyri Bukri (UITM Pahang B)
  Mohd Ikram layak ke peringkat 1/32 apabila menewaskan Shakir Zufuyri Bukri dengan pungutan mata 6-0.

- Mohd Faees Md Farood (PS) vs Mohd Imran Shah (PM Selangor B)
  Mohd Faees Md Farood layak ke peringkat 1/32 apabila menewaskan Mohd Imran Shah dengan pungutan      mata 6-0.

- Mohd Safwan (PS) vs Nur Arif Azli (PS)
  Nur Arif Azli layak ke peringkat 1/32 apabila menewaskan rakan sepasukan dengan pungutan 6-4.

- Mohd Norhairul Nizam (PS) vs Nor Syahrul Lail (ATM D)
  Mohd Faees layak ke peringkat 1/32 apabila menewaskan Nor Syahrul Lail dengan pungutan mata 6-4. 

- Mohd Syazwan (PP) vs Mohd Afiq Qayyum Hassan (PS)
  Mohd Syazwan layak ke peringkat 1/32 apabila menewaskan Mohd Afiq Qayyum dengan pungutan mata 6-3.

- Chan Ren Ken (PS) vs Nazrin Aizad (UPM A)
  Nazrin Aizad layak ke peringkat 1/32 apabila menewaskan Chan Ren Ken dengan pungutan mata 6-0.

- Jackie Lojohn (ATM D) vs Mohd Lukman Fitri Jasli (PS)
  Jackie Lojohn layak ke peringkat 1/32 apabila menewaskan Mohd Lukman Fitri dengan pungutan mata 7-6.

Peringkat 1/32 Recurve Lelaki Olimpik Round:

- Mohd Ikram Joni (PS) vs Mohd Faris (PP)
  Mohd Faris layak ke peringkat 1/16 apabila menewaskan Mohd Ikram Joni dengan pungutan mata 7-5.

- Mohd Faees Md Farood (PS) vs Izar Md Jelani (ATM E)
  Izar Md Jelani layak ke peringkat 1/16 apabila menewaskan Mohd Faees dengan pungutan mata 6-2.

- Noor Aiman (PP) vs Nur Arif Azli (PS)
  Noor Aiman layak ke peringkat 1/16 apabila menewaskan Nur Arif Azli dengan pungutan mata 6-0.

- Muhammad Syahir (PM Selangor A) vs Mohd Norhairul Nizam (PS)
  Muhammad Syahir layak ke peringkat 1/16 apabila menewaskan Norhairul Nizam dengan pungutan mata 6-0.

Badi kekalahan terus menyelubungi pasukan Pelapis Serantau apabila semua pemanah gagal ke pusingan seterusnya apabila kalah kepada pesaing masing - masing. Antara faktor berkemungkinan masih ada perasaan gementar pada setiap diri pemanah-pemanah kita.

Pemenang bagi acara Recurve Lelaki Olimpik Round :
1) Emas - Riau Ega Agata (East Java)
2) Perak - Atil Bazil Bakri (Pelapis Kebangsaan A)
3) Gangsa - Arif Farhan (MSN Elit)
4) Keempat - Abdul Rahman Othman (ATM D)

Untuk perlawanan akhir Recurve Lelaki Olimpik Round menemukan pemanah Malaysia bertemu pemanah Indonesia. Perlawanan itu tidak memihak pemanah kita apabila tewas 6-3 kepada pemanah Indonesia. Tahniah diucapkan kepada Atil Bazil atas usaha gigih walaupun tewas kepada pemanah dari Indonesia.

Berikut pula keputusan bagi atlet-atlet Recurve wanita Pelapis Serantau :

Peringkat 1/48 Recurve Wanita Olimpik Round:

- Nur Naseha Rusli (PS) vs Irza Hanie (UPM)
  Nur Naseha Rusli layak ke peringkat seterusnya apabila menewaskan Irza Hanie dengan pungutan mata 6-0.

- Siti Nur Hatika Ibraim (PS)
  Mendapat bye ke pusingan seterusnya.

- Nurshaqinah Zainal (PS)
  Mendapat bye ke pusingan seterusnya.

- Nur Aliya Ghapar (PS)
  Mendapat bye ke pusingan seterusnya.

- Farah Amalina (PS) vs Caryn Sim
  Farah Amalina layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Caryn Sim dengan pungutan mata 6-2.

- Loke Shin Hui (PS)
  Mendapat bye ke pusingan seterusnya.

- Nur Aina Yasmin (PS)
  Mendapat bye ke pusingan seterusnya.

- Nurul Ain (PS) vs Noor Shahirah (USPTN)
  Nurul Ain layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Noor Shahirah dengan pungutan mata 6-0.

- Aina Syamimi (ATM) vs Sunatra (PS)
  Sunatra layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Aina Syamimi dengan pungutan mata 6-0.

- Nor Syahirah Ishak (Perlis B) vs Teoh Weng Zhing (PS)
  Nor Syahirah Ishak layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan atlet Pelapis Serantau dengan pungutan 6-2. 

- Hannanie Bt jae Sung Han (PS)
  Mendapat bye ke pusingan seterusnya.

Peringkat 1/32 Recurve Wanita Olimpik Round :

- Nur Naseha Rusli (PS) vs Siti Fatimah (PP)
  Nur Naseha tidak layak ke pusingan seterusnya apabila kalah kepada Siti Fatimah dengan pungutan mata 6-0.

- Nor Sa'adah (PARA) vs Siti Nur Hatika Ibrahim (PS)
  Siti Nur Hatika layak ke pusingan seterusnya apabila menang mudah dengan pungutan mata 6-0.

- Nurshaqinah (PS) vs Rinetha (HAFA)
  Nurshaqinah juga layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Rinetha dengan pungutan mata 6-2.

- Nur Fatah (JHR) vs Nur Aliya (PS)
  Nur Aliya ghapar layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Nur Fatah dengan pungutan mata 6-4.

- Farah Amalina (PS) vs Faeeznur (Perak)
  Farah Amalina kalah kepada lawannya dengan pungutan 6-0 seterusnya tidak melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

- Syarfa Zulaikha (PP) vs Loke Shin Hui (PS) 
  Loke Shin Hui layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Syarfa dengan pungutan mata 7-2.

- Nur Aina Yasmin (PS) vs Izzwan Syazana (UITM Pahang) 
  Nur Aina Yasmin kalah kepada lawan dengan pungutan mata 6-2 seterusnya tidak layak ke pusingan seterusnya.

- Nurul Ain (PS) vs Hafidayah (ATM A)
  Nurul Ain layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Hafidayah dengan pungutan mata 6-4.

- Nurul Nadia (PS) vs Sunatra (PS)
  Sunatra juga kalah kepada lawan dengan pungutan 6-2 seterusnya tidak layak ke pusingan seterusnya.

- Norazlina Abdullah (ATM C) vs Hannanie Jae Sung Han
  Hannanie juga kalah kepada lawan dengan pungutan mata 6-2 seterusnya tidak layak ke pusingan seterusnya.

Peringkat 1/8 Recurve Wanita Olimpik Round :

- Siti Fatimah (PP) vs Siti Nur Hatika (PS)
  Siti Nur Hatika gagal peringkat suku akhir apabila tewas kepada Syafiqah dengan mata 7-1.

- Nurshaqinah (PS) vs Fairuz (PK)
  Nurshaqinah gagal ke pusingan suku akhir apabila tewas kepada Fairuz dengan mata 2-6.

- Mirsa Verinica (East Java) vs Nur Aliya (PS)
  Nur Aliya juga gagal ke pusingan suku akhir apabila tewas kepada pemanah indonesia dengan mata 6-0.

- Loke Shin Hui (PS) vs Ezryn (Red Arrow A)
  Loke Shin Hui layak ke peringkat suku akhir apabila menewaskan Ezryn dengan pungutan mata 6-2

- Nuul Ain (PS) vs Dharma (SLGR)
  Nurul Ain juga gagal ke pusingan suku akhir apabila tewas kepada Dharma dengan mata 4-6.

Peringkat 1/8 Recurve Wanita Olimpik Round :

- Loke Shin Hui (PS) vs Faeeznur (Perak)
  Loke Shin Hui terpaksa menyerah kalah kepada pemanah Perak dengan pungutan mata 4-6 dan seterusnya tidak layak ke pusingan separuh akhir.

Saingan Bagi Recurve Wanita telah berakhir dimana setakat suku akhir sahaja dapat melayakkan diri. Ini bermakna tiada pungutan pingat bagi wanita mahupun lelaki. Diharap pemanah tidak berputus asa dengan keputusan masing-masing. 

Pemenang bagi acara Recurve Wanita Olimpik Round :
1) Emas - Novia Nuraini (East Java)
2) Perak - Diananda Choirunisa (East Java)
3) Gangsa - Mirsa Veronica Sandy (East Java)
4) Keempat - Norhuda Azida (Johor)

Tahniah diucapkan kepada para pemennag bagi kategori Recurve Lelaki dan Wanita. Semoga maju Jaya dalam mengharumkan nama negara dimata dunia.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh.