Friday, December 14, 2012

Laporan Hari Terakhir Sukan Memanah Karnival Remaja Kebangsaan 02/2012 Shah Alam.

Tarikh : 14 Disember 2012 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi hingga 12.45 tengahari.
Tempat : Padang B, Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Sukan Memanah KRK 2/2012 Shah Alam telah memasuki hari terakhir dengan pusingan Olimpik Round individu lelaki dan wanita. Kejohanan bermula seawal jam 7.30 pagi dengan latihan rasmi selama 45 minit untuk sesi pemanasan badan sebelum saingan sebenar berlangsung tepat jam 8.30 pagi.

Berikut adalah keputusan kejohanan :-

Peringkat 1/16 Individu Wanita.

Sunantra A/P Su Chat (PS) tewas kepada lawan Nur Aina Yasmin (Perlis) dengan mata 2-6.

Farah Amalina (PS) layak ke peringkat 1/8 dengan menewaskan Syarfa Zulaikha (PP) dengan mata 6-2.

Nor Shaqinah (PS) tewas kepada lawan Nurdiyana (Perlis) dengan mata 2-6.

Nur Aliya (PS) layak ke peringkat 1/8 dengan mendapat bye.

Teoh Weng Zhing (PS) layak ke peringkat 1/8 dengan menewaskan Nor Ashiyah (Perlis) dengan mata 6-0.

Nur Ain (PS) layak ke peringkat 1/8 dengan menewaskan Nurul Amanina (Kltn) dengan mata 7-1.

Loke Shin Hui layak ke peringkat 1/8 dengan mendapat bye.

Peringkat 1/8 Individu Wanita

Farah Amalina (PS) layak ke suku akhir (1/4) Nur Azirah (Prk) dengan kiraan mata 6-0.

Nur Aliya (PS) tewas kepada lawan Nur diyana (Perlis) dengan mata 0-6.

Teoh Weng Zhing (PS) layak ke suku akhir (1/4) dengan menewaskan Ummi Aisyah (Jhr) dengan mata 6-2.

Nur Ain (PS) menewaskan rakan sepasukan Loke Shin Hui (PS) dengan mata 6-0.

Peringkat Suku Akhir (1/4) Individu Wanita

Nur Aliya (PS) menewaskan rakan sepasukan Farah Amalina (PS) dengan kiraan mata 6-2.

Nur Ain (PS) menewaskan rakan sepasukan Teoh Weng Zhing (PS) dengan kiraan mata 7-1.

Peringkat Separuh Akhir (1/2) Individu Wanita

Nurshafika (Kltn) telah menewaskan lawan Nur Aliya (PS) dengan kiraan mata 6-4 untuk menempah tiket ke akhir.

Nur Ain (PS) juga tewas tipis kepada lawan Nur Atiqah (Melaka) dengan mata 4-6.

Peringkat Akhir

Nur Atiqah (Melaka) menewaskan Nurshafika (kltn) untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Peringkat Ketiga & Keempat

Nur Aliya (PS) telah menewaskan rakan sepasukan Nur Ain (PS) dengan mata 6-2.

Emas - Nur Atiqah (Melaka)
Perak - Nurshafika Samsudin (Kltn)
Gangsa - Nur Aliya Ghapar (PS)

Secara keseluruhan pasukan Pelapis Serantau Selatan telah mengutip kilauan pingat sebanyak 4 emas, 1 perak dan 2 gangsa bagi semua acara.

Sekian,Terima Kasih

Laporan dari Shah Alam
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment