Pemantauan telah dilakukan pada 8 Feb 2012 bertempat di Pusat Latihan Angkat Berat Kebangsaan di Rompin. Dalam lawatan ini pihak urusetia telah melihat asrama tempat penginapan dan tempat untuk menjalankan aktiviti sepanjang kem berlansung.
Asrama (Penginapan)
Bilik penginapan berempat satu bilik agak selesa dan jumlah yang boleh diduduki lelaki seramai 60 orang dan wanita 30 orang (1 bilik 4 orang). Asrama ini juga diduduki oleh atlet angkat berat Pahang.
Tempat aktiviti
Cadangan ukt melaksanakan aktiviti outdoor adalah di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin yg terletak berhampiran dengan tempat penginapan. Perbincangan telah dijalankan bersama Pengurus Kompleks dan pihak beliau memohon untuk pihak kita mengeluarkan surat untuk permohonan penggunaan tempat tersebut.
Makanan
Perbincangan bersama pembekal makanan juga telah diadakan dan pembekal bersetuju untuk menyediakan 5 kali makan sehari.
Lawatan ini turut disertai oleh PKU Pahang dan Sarimah (SDO) dan wakli Bahagian Harta En Raizal dan En Hafiz
Sekian untuk makluman
Laporan disediakan oleh
Norizuan