Showing posts with label CAMP. Show all posts
Showing posts with label CAMP. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

Kem Atlet Pelapis Serantau 2012

Seramai 90 atlet(60 lelaki dan 30 wanita) ,18 jurulatih serta 7 pegawai dari Akademi Serantau Zon Selatan, Akademi Serantau Zon Utara, Pusat Latihan Serantau Ipoh, Pusat Latihan Serantau SAAS, Pusat Latihan Serantau Kota Bahru, Pusat Latihan Serantau SSTMI dan Pusat Latihan Serantau SSBJ telah selamat tiba di Pusat Latihan Angkat Berat Rompin Pahang pada jam 5.30 ptg  bagi mengikuti Kem Atlet Pelapis Serantau anjuran Unit Pelapis Serantau, Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara.  

Semua atlet yang hadir merupakan atlet dari sukan Olahraga, Berbasikal, Memanah, Tinju, Angkat Berat dan Gimnastik. Kem ini akan berlangsung selama 6 hari bermula pada 19 Mac hingga 24 Mac 2012.

Tujuan kem ini diadakan untuk mengumpul seluruh atlet pelapis serantau dari akademi dan pusat latihan bagi menjalinkan hubungan yang lebih erat serta didedahkan dengan program-program yang dapat membentuk semangat jati diri setiap atlet  yang baru mahupun lama. 

Selain itu,atlet  akan didedahkan dengan maklumat-maklumat berkaitan pemakanan,psikologi serta doping.Bermula malam ini pelbagai aktiviti dan program akan berlangsung.

Sekian laporan disediakan oleh:
Syamsul Afzan
Pelapis Serantau

Friday, February 10, 2012

Laporan Pemantauan Kompleks Angkat Berat untuk Kem PS

Salam

Pemantauan telah dilakukan pada 8 Feb 2012 bertempat di Pusat Latihan Angkat Berat Kebangsaan di Rompin. Dalam lawatan ini pihak urusetia telah melihat  asrama tempat penginapan dan tempat untuk menjalankan aktiviti sepanjang kem berlansung.

Asrama (Penginapan)

Bilik penginapan berempat satu bilik agak selesa dan jumlah yang boleh diduduki lelaki seramai 60 orang dan wanita 30 orang (1 bilik 4 orang). Asrama ini juga diduduki oleh atlet angkat berat Pahang.

Tempat aktiviti

Cadangan ukt melaksanakan aktiviti outdoor adalah di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin  yg terletak berhampiran dengan tempat penginapan. Perbincangan telah dijalankan bersama Pengurus Kompleks dan pihak beliau memohon untuk pihak kita mengeluarkan surat untuk permohonan penggunaan tempat tersebut.

Makanan

Perbincangan bersama pembekal makanan juga telah diadakan dan pembekal bersetuju untuk menyediakan 5 kali makan sehari.

Lawatan ini turut disertai oleh PKU Pahang dan Sarimah (SDO) dan wakli Bahagian Harta En Raizal dan En Hafiz

Sekian untuk makluman


Laporan disediakan oleh
Norizuan

Thursday, September 22, 2011

HARI KEEMPAT KEM MOTIVASI DAN SAINS SUKAN ATLET PELAPIS SERANTAU









Tarikh : 21 September 2011 ( Rabu )

Tempat : Akademi Serantau Zon Selatan, Johor

Hari keempat Kem Motivasi dan Sains Sukan Atlet Pelapis Serantau bermula seperti kebiasaan iaitu pada jam 7.00 pagi atlet dan jurulatih berhimpun untuk menyanyikan lagu Negaraku dan taklimat program hari tersebut. Pada jam 7.30 pagi atlet menikmati sarapan pagi dan meneruskan latihan seperti biasa mengikut sukan. Antara ceramah yang bermula pada sesi pagi adalah berkaitan pemakanan yang disampaikan oleh Cik Dura dari unit Pemakanan ISN SSTMI. Tujuan ceramah ini diadakan untuk memberi garis panduan berkenaan makanan yang seimbang bagi seorang atlet serta pengambilan kabohidrat, protein,vitamin dan sebagainya. Pada sesi petang bersambung dengan ceramah dari Cawangan Hal Ehwal Atlet bertajuk “Overview HEA dan Kaunseling” yang disampaikan oleh Cikgu Choo dan Ustazah Noorulhuda. Antara perkara –perkara yang disampaikan berkenaan kepentingan Cawangan Hal Ehwal Atlet yang merangkumi insentif kemenangan,peluang kerjaya,khidmat kaunseling serta peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Pada jam 5.00 petang selepas selesai sesi ceramah semua atlet diarahkan bergotong royong mengemas persekitaran ASZS bagi persiapan jamuan hari raya manakala jurulatih menghadiri ceramah berkaitan prosedur dan pelaporan serta pengurusan jurulatih. Ceramah ini disampaikan oleh Encik Zawawi Zakaria Pengarah Bahagian Kejurulatihan. Sesi ceramah tamat pada jam 6.30 petang. Di kesempatan kem ini, USPTN Johor dengan kerjasama Unit Pelapis Serantau turut mengadakan jamuan hari raya yang diadakan tepat jam 8.30 malam. Majlis ini dapat mengeratkan silahturahim antara akademi dan pusat latihan serta agensi-agensi lain seperti JPN Johor, Pihak Sekolah, Perbadanan Stadium Negeri Johor dan Majlis Sukan Negeri Johor. Ucapan terima kasih kepada Ketua Unit dan kakitangan USPTN Johor yang telah menganjurkan majlis jamuan hari raya.


Sekian

Wednesday, September 21, 2011

HARI KETIGA KEM MOTIVASI DAN SAINS SUKAN ATLET PELAPIS SERANTAU







Tarikh: 20 September 2011(Selasa)

Tempat: Akademi Serantau Zon Selatan, Johor

Hari ketiga Kem Motivasi dan Sains Sukan Atlet Pelapis Serantau seperti kebiasaan bermula dengan perhimpunan jam 7:00 pagi di DewanTerbuka Akademi Serantau Zon Selatan Johor. Setelah selesai perhimpunan, atlet dan jurulatih bersama-sama meyertai aktiviti senamrobik yang dianjurkan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Johor. Senamrobik tamat pada jam 9:30 pagi dan seterusnya diikuti dengan ujian kecergasan yang dikelolakan oleh pihak ISN Johor dengan kerjasama ISN SSTMI dan ISN Melaka. Tujuan ujian kecergasan ini diadakan untuk mempraktikkan ujian-ujian yang perlu dilalui oleh atlet dan mengetahui tahap kecergasan atlet. Prosedur ujian ini juga akan diselaraskan di peringkat semua sukan yang terlibat dibawah pelapis serantau. Antara ujian-ujian yang dijalankan adalah ‘push ups,standing broad jump, sit and reach test, vertical jump, sit ups dan beep test. Melalui data yang diperolehi oleh setiap atlet akan dikumpul dan dinilai. Sesi ujian kecergasan tamat jam 2:00 petang. Setelah penat menjalani ujian kecergasan, atlet menikmati makan tengahari dan berehat. Hasil perbincangan bersama jurulatih, pada sesi petang akan diadakan latihan bagi setiap sukan. Jam 8:30 malam, atlet didedahkan dengan latihan dalam kumpulan. Program pada 20 September 2011 tamat pada jam 9:30 mlm.

Sekian.

Tuesday, September 20, 2011

HARI KEDUA KEM MOTIVASI DAN SAINS SUKAN ATLET PELAPIS SERANTAU











Tarikh: 19 September 2011(Isnin)

Tempat: Akademi Serantau Zon Selatan, Johor

Setelah atlet dan jurulatih mendapatkan rehat yang cukup, hari kedua Kem Motivasi dan Sains Sukan Atlet Pelapis Serantau bermula seawal jam 7:00 pagi.Semua atlet dan jurulatih berhimpun di Dewan Terbuka Akademi Serantau Zon Selatan Johor. Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa. Seterusnya, En. Izuwan menyampaikan taklimat program yang akan dilaksanakan sepanjang hari. Setelah selesai perhimpunan, atlet dan jurulatih menikmati minum pagi dan seterusnya menjalani latihan bagi setiap sukan masing-masing. Tujuan latihan sukan diadakan pada kem kali ini adalah untuk menggabungkan atlet dan jurulatih dari setiap akademi dan pusat latihan yang mana mereka dapat menjalani latihan bersama serta berkongsi ilmu untuk membentuk kualiti latihan yang lebih baik bagi program pelapis serantau. Pada jam 9:30 pagi, sesi latihan tamat dan atlet menikmati sarapan pagi. Pada jam 10:30 pagi, kelas bermula yang mana sesi ini melibatkan ceramah kecergasan yang disampai oleh En. Sarkawi iaitu Ketua Unit Satelit ISN Johor. Antara intipati yang terdapat dalam sesi ceramah ini adalah berkaitan prinsip latihan kecergasan serta kecergasan dan pemakanan.Sesi ceramah kecergasan tamat pada jam 12:30 tnghari. Setelah berehat dan makan tengahari sehingga jam 2 petang, sesi ‘team building' bermula. Sesi ini nampak bermanfaat dengan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan yang dapat membentuk semangat kerjasama berpasukan.Selain itu, sesi ini juga dapat menghidupkan suasana ceria sepanjang berlangsungnya kem ini. Sesi team building tamat pada jam 4:00 ptg dan atlet diberi rehat untuk menikmati minum petang. Kemudian sesi ceramah fisioterapi sukan yang dikelolakan oleh En. Mohd Noorfaizalazrul dari ISN. Antara info yang disampaikan adalah berkaitan kecederaan dalam sukan dan kaedah rawatan.Sesi fisioterapi tamat pada jam 6:00 ptg. Pada jam 8:30 mlm, sekali lagi sesi ‘team building' berlangsung dan tamat pada jam 10:30 mlm.

Sekian.

Monday, September 19, 2011

KEM MOTIVASI DAN SAINS SUKAN ATLET PELAPIS SERANTAU









Tarikh: 18 September 2011(Ahad)

Tempat: Akademi Serantau Zon Selatan,Johor

Pihak Cawangan Pelapis MSNM dengan kerjasama USPTN Johor telah menganjurkan kem untuk atlet serta jurulatih pelapis serantau. Kem ini diadakan pada 18-23 September 2011. Tujuan penganjuran kem tersebut adalah untuk mengeratkan silaturahim antara atlet dan jurulatih ASZU,ASZS dan Pusat Latihan Serantau yang lain. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memanfaatkan pengetahuan berkaitan sains sukan, kelebihan yang dapat diperolehi oleh setiap atlet dan jurulatih dari Bahagian Hal Ehwal Atlet, Bahagian Kejurulatihan MSNM serta penyelarasan prosedur ujian kecergasan bagi setiap sukan. Kem ini turut disertai oleh pihak ISN. Seramai 47 atlet dan 14 jurulatih telah hadir melapor diri pada hari pertama kem dijalankan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sesi ‘ice breaking’ yang mana sesi ini bertujuan untuk membentuk suasana yang erat dan mengikis sikap malu bagi diri setiap atlet. Sesi ini bermula jam 8:30 mlm dan dalam masa yang sama, pihak Unit Pelapis Serantau mengadakan mesyuarat jurulatih bagi membincangkan isu serta permasalahan dalam setiap sukan masing-masing. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Pelapis Serantau iaitu En. Izuwan Hj. Arifin. Setelah selesai sesi ‘ice breaking’ dan mesyuarat, sesi taklimat berkenaan kem bermula pada jam 10:30 mlm. Taklimat ini diadakan untuk memastikan proses kem berjalan lancar. Antara perkara yang disampaikan adalah berkaitan pemakaian, disiplin dan perjalanan program. Jam 11:00 mlm, sesi taklimat tamat dan bersurai.