Wednesday, August 8, 2012

LAPORAN HARI PERTAMA MESYUARAT PENILAIAN ATLET PELAPIS SERANTAU 2012

Tarikh   : 8 Ogos 2012 ( Rabu )

Tempat : Bilik Mesyuarat New York Hotel, Johor Bahru.

Masa    : 8.30 am – 6.00 pm

 

8:30 am - 9:30 am

 

Encik Mohd Nor Izuwan (KUPS) mengalu-galukan kedatangan semua jurulatih Pelapis Serantau ke Mesyuarat Penilaian Atlet Pelapis Serantau Tahun 2012 yang melibatkan 13 orang jurulatih bagi sukan Angkat Berat,Memanah,Olahraga,Tinju dan Berbasikal. Seawal jam 8.30 am, dimulakan sesi perkenalan Pengurus Sukan baru iaitu Encik Vimalan A/L Palaniappan serta taklimat Mesyuarat Penilaian Atlet Pelapis Serantau 2012. Beberapa tambahan maklumat program Pelapis Serantau mengenai status perpindahan atlet ASZU ke bangunan baru (KIP) dan dijangka siap pada 31 Ogos 2012. Makluman kepada jurulatih mengenai pencapaian atlet di Sukma Pahang XV 2012 dimana seramai 82 atlet terlibat dan pungutan pingat sebanyak 49 pingat yang melibatkan 6 sukan merangkumi 17 emas, 12 perak dan 20 gangsa.

 

10:00 am – 12:00 pm

 

Sesi Mesyuarat Penilaian Atlet Pelapis Serantau 2012 dimulakan dengan sukan Angkat Berat yang dihadiri oleh jurulatih Mohd Aizat (ASZU), jurulatih Nordin (PLS KB) dan jurulatih Mohd Saiful Farham (ASZS). Pada sesi ini, setiap jurulatih membentangkan prestasi atlet masing-masing sepanjang tempoh 6 bulan pertama 2012. Selain itu, turut dibincangkan pengguguran dan penambahan atlet. Jurulatih juga turut mencadangkan beberapa kejohanan luar dan dalaman untuk disertai sepanjang 6 bulan seterusnya bagi tahun 2012.

 

12:00 pm – 1:00 pm

 

Sesi kedua diteruskan dengan sukan Tinju yang dihadiri oleh jurulatih Zulkefli (ASZS). Penerangan jurulatih hanya melibatkan status peralatan yang masih belum diterima sehingga hari ini serta cadangan kejohanan yang akan disertai serta perlawanan persahabatan bersama negara jiran. Bagi penilaian prestasi atlet, tidak banyak isu yang diketengahkan yang mana semua atlet adalah atlet yang baru (kemasukan 01 Mei 2012) dan hanya 4 atlet dari 9 atlet yang menyertai Sukan Malaysia XV 2012. Penilaian seterusnya akan dinilai pada 6 bulan berikutnya.

 

2:00 pm – 4:00 pm

 

Sesi petang diteruskan dengan sukan Memanah yang mana melibatkan 3 jurulatih iaitu jurulatih Mohd Gatot Tohir (ASZU), Lim Geo Pong (ASZS), Mohd Azizul Khairi (ASZS). Sesi perbentangan turut melibatkan prestasi atlet, cadangan kejohanan serta penambahan dan pengguguran atlet. Turut dibincangkan permasalahan yang kerap berlaku iaitu pemohonan lewat peralatan (arrow) dan aksesori memanah yang mana sering dipohon dalam tempoh masa yang agak singkat sebelum ke kejohanan.

 

4:30 pm – 6:00 pm

 

Sesi terakhir untuk hari ini melibatkan sukan Olahraga yang dihadiri oleh jurulatih Suhairi (SAAS), jurulatih Hazril (ASZU), jurulatih Azmi (ASZU), jurulatih Ahmad Mazlan (ASZU). Melalui laporan daripada setiap jurulatih mendapati bahawa sukar untuk mendapatkan atlet yang melepasi had kelayakan yang telah ditetapkan. Antara perbentangan lain yang diusulkan oleh setiap jurulatih adalah penambahan atlet dan penglibatan atlet ke kejohanan luar.

 


Pada jam 6:00 pm, sesi penilaian prestasi atlet telah tamat yang mana melibatkan 4 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Tinju, Memanah dan Olahraga dan akan bersambung esok pada sesi pagi melibatkan satu sukan sahaja iaitu sukan Berbasikal. Pada sebelah petang akan bermula Mesyuarat Penganjuran Kejohanan Memanah Pelapis 2012. Untuk makluman, rumusan maklumat prestasi atlet Pelapis Serantau 2012 selama dua hari ini akan dilengkapkan dalam masa yang terdekat dan diedarkan sebagai rujukan dan penilaian di peringkat Cawangan.

 


Terima Kasih


No comments:

Post a Comment