Sunday, December 11, 2011

HARI KETIGA KARNIVAL PELAPIS NEGERI X PERLIS 2011 SUKAN ANGKAT BERAT (PELAPIS SERANTAU)







Tarikh : 10 Dis 2011

Tempat : Dewan Sek.Men Vokasional Arau Perlis

Masa : 10:00 pagi- 6:30 ptg

Hari ketiga Karnival Pelapis Negeri X Perlis 2011 bagi sukan angkat berat bermula pada jam 10:00 pagi dengan kategori wanita 44 kg ,48 kg, 53 kg, 58 kg, 63 kg, 69 kg,+ 69 kg dan 75 kg. Bagi kategori lelaki pula melibatkan kategori 105 kg daan + 105 kg. Atlet pelapis serantau ASZS yang terlibat adalah Shasheladevi (kat 53 kg) dan Shahida Abdul Halim (kat 69 kg)

Kat 53 kg wanita bawah 21 tahun

Penyertaan Atlet 4 orang

1.Shasheladevi a/p Elangeswaran(ASZS)

Snatch : 58 kg (emas)

Clean n Jerk : 70 kg (perak)

Kat 69 kg wanita bawah 21 tahun

Penyertaan atlet 5 orang

1.Shahida Abdul Halim(ASZS)

Snatch : 65 kg (emas)

Clean n Jerk : 82 kg (perak)

Sukan angkat berat melabuhkan tirai pertandingan pada jam 6:00 ptg.

Sekian.

Saturday, December 10, 2011

HARI KEDUA KARNIVAL PELAPIS NEGERI X PERLIS 2011 SUKAN ANGKAT BERAT (PELAPIS SERANTAU)





Tarikh : 09 Dis 2011

Tempat : Dewan Sek.Men Vokasional Arau Perlis

Masa : 10:00 pagi- 6:30 ptg

Hari kedua Karnival Pelapis Negeri X Perlis 2011 bagi sukan angkat berat bermula pada jam 10:00 pagi dengan kategori lelaki 77 kg ,85 kg, dan 94 kg lelaki. Atlet pelapis serantau yang terlibat adalah Mohd Ekwaan Azizi(kat 85 kg) dari AZSZ . Berikut disertakan pencapaian atlet pelapis serantau ASZS bagi hari kedua karnival:-

Kat 85 kg lelaki bawah 21 tahun

Penyertaan Atlet 4 orang

1.Mohd Ekhwaan Aziz(ASZS)

Snatch : 105 kg (perak)

Clean n Jerk : 135 kg (perak)

Esok (10 Dis 2011) merupakan hari terkhir bagi sukan angkat berat yang mana 2 atlet pelapis serantau ASZS akan diturunkan iaitu Shasheladevi (kat 53 kg) dan Norshahida (kat 69 kg).

Sekian.

Friday, December 9, 2011

HARI PERTAMA KARNIVAL PELAPIS NEGERI X PERLIS 2011 SUKAN ANGKAT BERAT (PELAPIS SERANTAU)







Tarikh : 08 Dis 2011

Tempat : Dewan Sek.Men Vokasional Arau Perlis

Masa : 10:00 pagi- 7:30 mlm

Hari pertama Karnival Pelapis Negeri X Perlis 2011 bagi sukan angkat berat bermula pada jam 10:00 pagi dengan kategori lelaki 50 kg ,52 kg,56 kg, 62 kg dan 69 kg. Pada karnival kali ini barisan pasukan angkat berat pelapis serantau ASZS menurunkan 5 atlet iaitu Loro Welkinson Peuji(kat 62 kg ) Mohd Hazril Huzairi (kat 62 kg ) dan Barey Barry Englebert (kat 69 kg), Mohd Ekwaan Azizi(kat 85 kg), Shasheladevi a/p Elangeswaran (kat 53 kg) dan Norshahida Abd Halim (69 kg). Berikut disertakan pencapaian atlet pelapis serantau ASZS bagi hari pertama karnival:-

Kat 56 kg lelaki bawah 16 tahun

Penyertaan 10 atlet

1.Mohd Hazril Huzairi(ASZS)

Snatch : 101 kg (emas)

Clean n Jerk : 130 kg (emas)

2.Loro Welkinson Peuji (ASZS)

Snatch : 100 kg (perak)

Clean n Jerk : 120 kg (perak)

Kat 69 kg lelaki bawah 16 tahun

Penyertaan 10 atlet

1.Barey Barry Englebert (ASZS)

Snatch : 95 kg (perak)

Clean n Jerk : 120 kg (perak)

Bagi kategori 85 kg lelaki iaitu Mohd Ekwaan Aziz akan bertanding pada 09 Disember 2011 manakala Shasheladevi (kat 53 kg) dan Norshahida (kat 69 kg) akan bertanding pada 10 Disember 2011.

Sekian.

Syamsul Afzan.

Thursday, September 22, 2011

HARI KEEMPAT KEM MOTIVASI DAN SAINS SUKAN ATLET PELAPIS SERANTAU









Tarikh : 21 September 2011 ( Rabu )

Tempat : Akademi Serantau Zon Selatan, Johor

Hari keempat Kem Motivasi dan Sains Sukan Atlet Pelapis Serantau bermula seperti kebiasaan iaitu pada jam 7.00 pagi atlet dan jurulatih berhimpun untuk menyanyikan lagu Negaraku dan taklimat program hari tersebut. Pada jam 7.30 pagi atlet menikmati sarapan pagi dan meneruskan latihan seperti biasa mengikut sukan. Antara ceramah yang bermula pada sesi pagi adalah berkaitan pemakanan yang disampaikan oleh Cik Dura dari unit Pemakanan ISN SSTMI. Tujuan ceramah ini diadakan untuk memberi garis panduan berkenaan makanan yang seimbang bagi seorang atlet serta pengambilan kabohidrat, protein,vitamin dan sebagainya. Pada sesi petang bersambung dengan ceramah dari Cawangan Hal Ehwal Atlet bertajuk “Overview HEA dan Kaunseling” yang disampaikan oleh Cikgu Choo dan Ustazah Noorulhuda. Antara perkara –perkara yang disampaikan berkenaan kepentingan Cawangan Hal Ehwal Atlet yang merangkumi insentif kemenangan,peluang kerjaya,khidmat kaunseling serta peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Pada jam 5.00 petang selepas selesai sesi ceramah semua atlet diarahkan bergotong royong mengemas persekitaran ASZS bagi persiapan jamuan hari raya manakala jurulatih menghadiri ceramah berkaitan prosedur dan pelaporan serta pengurusan jurulatih. Ceramah ini disampaikan oleh Encik Zawawi Zakaria Pengarah Bahagian Kejurulatihan. Sesi ceramah tamat pada jam 6.30 petang. Di kesempatan kem ini, USPTN Johor dengan kerjasama Unit Pelapis Serantau turut mengadakan jamuan hari raya yang diadakan tepat jam 8.30 malam. Majlis ini dapat mengeratkan silahturahim antara akademi dan pusat latihan serta agensi-agensi lain seperti JPN Johor, Pihak Sekolah, Perbadanan Stadium Negeri Johor dan Majlis Sukan Negeri Johor. Ucapan terima kasih kepada Ketua Unit dan kakitangan USPTN Johor yang telah menganjurkan majlis jamuan hari raya.


Sekian

Wednesday, September 21, 2011

HARI KETIGA KEM MOTIVASI DAN SAINS SUKAN ATLET PELAPIS SERANTAU







Tarikh: 20 September 2011(Selasa)

Tempat: Akademi Serantau Zon Selatan, Johor

Hari ketiga Kem Motivasi dan Sains Sukan Atlet Pelapis Serantau seperti kebiasaan bermula dengan perhimpunan jam 7:00 pagi di DewanTerbuka Akademi Serantau Zon Selatan Johor. Setelah selesai perhimpunan, atlet dan jurulatih bersama-sama meyertai aktiviti senamrobik yang dianjurkan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Johor. Senamrobik tamat pada jam 9:30 pagi dan seterusnya diikuti dengan ujian kecergasan yang dikelolakan oleh pihak ISN Johor dengan kerjasama ISN SSTMI dan ISN Melaka. Tujuan ujian kecergasan ini diadakan untuk mempraktikkan ujian-ujian yang perlu dilalui oleh atlet dan mengetahui tahap kecergasan atlet. Prosedur ujian ini juga akan diselaraskan di peringkat semua sukan yang terlibat dibawah pelapis serantau. Antara ujian-ujian yang dijalankan adalah ‘push ups,standing broad jump, sit and reach test, vertical jump, sit ups dan beep test. Melalui data yang diperolehi oleh setiap atlet akan dikumpul dan dinilai. Sesi ujian kecergasan tamat jam 2:00 petang. Setelah penat menjalani ujian kecergasan, atlet menikmati makan tengahari dan berehat. Hasil perbincangan bersama jurulatih, pada sesi petang akan diadakan latihan bagi setiap sukan. Jam 8:30 malam, atlet didedahkan dengan latihan dalam kumpulan. Program pada 20 September 2011 tamat pada jam 9:30 mlm.

Sekian.

Tuesday, September 20, 2011

UJIAN KECERGASAN ATLET SERANTAU

UJIAN KECERGASAN ATLET SERANTAU

Sesi pagi ini adalah ujian kecergasan kepada semua atlet Pelapis Serantau yang mengikuti Kem Motivasi & Sains Sukan di Akademi Serantau Zon Selatan. Sesi ini dilaksanakan dengan kerjasama dari Pusat Satelit ISN Larkin.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HARI KEDUA KEM MOTIVASI DAN SAINS SUKAN ATLET PELAPIS SERANTAU











Tarikh: 19 September 2011(Isnin)

Tempat: Akademi Serantau Zon Selatan, Johor

Setelah atlet dan jurulatih mendapatkan rehat yang cukup, hari kedua Kem Motivasi dan Sains Sukan Atlet Pelapis Serantau bermula seawal jam 7:00 pagi.Semua atlet dan jurulatih berhimpun di Dewan Terbuka Akademi Serantau Zon Selatan Johor. Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa. Seterusnya, En. Izuwan menyampaikan taklimat program yang akan dilaksanakan sepanjang hari. Setelah selesai perhimpunan, atlet dan jurulatih menikmati minum pagi dan seterusnya menjalani latihan bagi setiap sukan masing-masing. Tujuan latihan sukan diadakan pada kem kali ini adalah untuk menggabungkan atlet dan jurulatih dari setiap akademi dan pusat latihan yang mana mereka dapat menjalani latihan bersama serta berkongsi ilmu untuk membentuk kualiti latihan yang lebih baik bagi program pelapis serantau. Pada jam 9:30 pagi, sesi latihan tamat dan atlet menikmati sarapan pagi. Pada jam 10:30 pagi, kelas bermula yang mana sesi ini melibatkan ceramah kecergasan yang disampai oleh En. Sarkawi iaitu Ketua Unit Satelit ISN Johor. Antara intipati yang terdapat dalam sesi ceramah ini adalah berkaitan prinsip latihan kecergasan serta kecergasan dan pemakanan.Sesi ceramah kecergasan tamat pada jam 12:30 tnghari. Setelah berehat dan makan tengahari sehingga jam 2 petang, sesi ‘team building' bermula. Sesi ini nampak bermanfaat dengan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan yang dapat membentuk semangat kerjasama berpasukan.Selain itu, sesi ini juga dapat menghidupkan suasana ceria sepanjang berlangsungnya kem ini. Sesi team building tamat pada jam 4:00 ptg dan atlet diberi rehat untuk menikmati minum petang. Kemudian sesi ceramah fisioterapi sukan yang dikelolakan oleh En. Mohd Noorfaizalazrul dari ISN. Antara info yang disampaikan adalah berkaitan kecederaan dalam sukan dan kaedah rawatan.Sesi fisioterapi tamat pada jam 6:00 ptg. Pada jam 8:30 mlm, sekali lagi sesi ‘team building' berlangsung dan tamat pada jam 10:30 mlm.

Sekian.

Monday, September 19, 2011

KEM MOTIVASI DAN SAINS SUKAN ATLET PELAPIS SERANTAU









Tarikh: 18 September 2011(Ahad)

Tempat: Akademi Serantau Zon Selatan,Johor

Pihak Cawangan Pelapis MSNM dengan kerjasama USPTN Johor telah menganjurkan kem untuk atlet serta jurulatih pelapis serantau. Kem ini diadakan pada 18-23 September 2011. Tujuan penganjuran kem tersebut adalah untuk mengeratkan silaturahim antara atlet dan jurulatih ASZU,ASZS dan Pusat Latihan Serantau yang lain. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memanfaatkan pengetahuan berkaitan sains sukan, kelebihan yang dapat diperolehi oleh setiap atlet dan jurulatih dari Bahagian Hal Ehwal Atlet, Bahagian Kejurulatihan MSNM serta penyelarasan prosedur ujian kecergasan bagi setiap sukan. Kem ini turut disertai oleh pihak ISN. Seramai 47 atlet dan 14 jurulatih telah hadir melapor diri pada hari pertama kem dijalankan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sesi ‘ice breaking’ yang mana sesi ini bertujuan untuk membentuk suasana yang erat dan mengikis sikap malu bagi diri setiap atlet. Sesi ini bermula jam 8:30 mlm dan dalam masa yang sama, pihak Unit Pelapis Serantau mengadakan mesyuarat jurulatih bagi membincangkan isu serta permasalahan dalam setiap sukan masing-masing. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Pelapis Serantau iaitu En. Izuwan Hj. Arifin. Setelah selesai sesi ‘ice breaking’ dan mesyuarat, sesi taklimat berkenaan kem bermula pada jam 10:30 mlm. Taklimat ini diadakan untuk memastikan proses kem berjalan lancar. Antara perkara yang disampaikan adalah berkaitan pemakaian, disiplin dan perjalanan program. Jam 11:00 mlm, sesi taklimat tamat dan bersurai.