Monday, September 19, 2011

KEM MOTIVASI DAN SAINS SUKAN ATLET PELAPIS SERANTAU









Tarikh: 18 September 2011(Ahad)

Tempat: Akademi Serantau Zon Selatan,Johor

Pihak Cawangan Pelapis MSNM dengan kerjasama USPTN Johor telah menganjurkan kem untuk atlet serta jurulatih pelapis serantau. Kem ini diadakan pada 18-23 September 2011. Tujuan penganjuran kem tersebut adalah untuk mengeratkan silaturahim antara atlet dan jurulatih ASZU,ASZS dan Pusat Latihan Serantau yang lain. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memanfaatkan pengetahuan berkaitan sains sukan, kelebihan yang dapat diperolehi oleh setiap atlet dan jurulatih dari Bahagian Hal Ehwal Atlet, Bahagian Kejurulatihan MSNM serta penyelarasan prosedur ujian kecergasan bagi setiap sukan. Kem ini turut disertai oleh pihak ISN. Seramai 47 atlet dan 14 jurulatih telah hadir melapor diri pada hari pertama kem dijalankan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sesi ‘ice breaking’ yang mana sesi ini bertujuan untuk membentuk suasana yang erat dan mengikis sikap malu bagi diri setiap atlet. Sesi ini bermula jam 8:30 mlm dan dalam masa yang sama, pihak Unit Pelapis Serantau mengadakan mesyuarat jurulatih bagi membincangkan isu serta permasalahan dalam setiap sukan masing-masing. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Pelapis Serantau iaitu En. Izuwan Hj. Arifin. Setelah selesai sesi ‘ice breaking’ dan mesyuarat, sesi taklimat berkenaan kem bermula pada jam 10:30 mlm. Taklimat ini diadakan untuk memastikan proses kem berjalan lancar. Antara perkara yang disampaikan adalah berkaitan pemakaian, disiplin dan perjalanan program. Jam 11:00 mlm, sesi taklimat tamat dan bersurai.



No comments:

Post a Comment