Tuesday, September 20, 2011

HARI KEDUA KEM MOTIVASI DAN SAINS SUKAN ATLET PELAPIS SERANTAU











Tarikh: 19 September 2011(Isnin)

Tempat: Akademi Serantau Zon Selatan, Johor

Setelah atlet dan jurulatih mendapatkan rehat yang cukup, hari kedua Kem Motivasi dan Sains Sukan Atlet Pelapis Serantau bermula seawal jam 7:00 pagi.Semua atlet dan jurulatih berhimpun di Dewan Terbuka Akademi Serantau Zon Selatan Johor. Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa. Seterusnya, En. Izuwan menyampaikan taklimat program yang akan dilaksanakan sepanjang hari. Setelah selesai perhimpunan, atlet dan jurulatih menikmati minum pagi dan seterusnya menjalani latihan bagi setiap sukan masing-masing. Tujuan latihan sukan diadakan pada kem kali ini adalah untuk menggabungkan atlet dan jurulatih dari setiap akademi dan pusat latihan yang mana mereka dapat menjalani latihan bersama serta berkongsi ilmu untuk membentuk kualiti latihan yang lebih baik bagi program pelapis serantau. Pada jam 9:30 pagi, sesi latihan tamat dan atlet menikmati sarapan pagi. Pada jam 10:30 pagi, kelas bermula yang mana sesi ini melibatkan ceramah kecergasan yang disampai oleh En. Sarkawi iaitu Ketua Unit Satelit ISN Johor. Antara intipati yang terdapat dalam sesi ceramah ini adalah berkaitan prinsip latihan kecergasan serta kecergasan dan pemakanan.Sesi ceramah kecergasan tamat pada jam 12:30 tnghari. Setelah berehat dan makan tengahari sehingga jam 2 petang, sesi ‘team building' bermula. Sesi ini nampak bermanfaat dengan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan yang dapat membentuk semangat kerjasama berpasukan.Selain itu, sesi ini juga dapat menghidupkan suasana ceria sepanjang berlangsungnya kem ini. Sesi team building tamat pada jam 4:00 ptg dan atlet diberi rehat untuk menikmati minum petang. Kemudian sesi ceramah fisioterapi sukan yang dikelolakan oleh En. Mohd Noorfaizalazrul dari ISN. Antara info yang disampaikan adalah berkaitan kecederaan dalam sukan dan kaedah rawatan.Sesi fisioterapi tamat pada jam 6:00 ptg. Pada jam 8:30 mlm, sekali lagi sesi ‘team building' berlangsung dan tamat pada jam 10:30 mlm.

Sekian.

No comments:

Post a Comment