Saturday, July 9, 2011

Laporan Sesi Petang Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Ke-2,2011.



Tarikh : 9 Julai 2011 ( Sabtu )
Masa : 02:00 petang hingga 05:00 petang
Venue : Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah Darul Aman
Cuaca : Panas

Kategori Recurve Lelaki dan Wanita Berpasukan telah berakhir pada sebelah pagi dan diteruskan dengan Kategori Mix Team pada sebelah petang. Sebanyak 11 pasukan telah memberikan saingan pada permulaan. Saingan dimulakan dengan sightest tepat jam 01:30 petang selama setengah jam untuk sesi pemanasan badan. Seterusnya diteruskan dengan saingan sebenar Kategori Mix Team.
Berikut disertakan maklumat berperingkat yang melibatkan Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau.

Kategori Mix Team Recurve 1/8:

Pelapis Kebangsaan vs ATM
-Pelapis Kebangsaan telah dikalahkan kelebihan 2 mata dengan pasukan ATM dengan kutipan mata 120 - 122 mata.

Serantau vs Melaka
-Gandingan Mohd Asrizal dan Farah Amalina telah membuahkan kejayaan setelah menewaskan pasukan dari Melaka dengan kelebihan mata sebanyak 14 mata. Pasukan Serantau layak ke Separuh Akhir dengan kutipan mata sebanyak 125 mata.

Tempat Ketiga dan Keempat Mix Team Recurve :
-Pasukan Serantau berjaya mendapat tempat KETIGA setelah menewaskan ATM dengan pungutan mata 129 - 124.

Johan dan Naib Johan :
-Pasukan Elit mengekalkan momentum mereka dengan muncul juara setelah menewaskan pasukan UPM 141 - 123.

Tahniah kepada pasukan Pelapis Serantau kerana meraih pingat dalam acara Mix Team. Esok kejohanan akan diteruskan dengan Kategori Olimpik Round. Diharapkan agar para atlet dapat memberikan saingan yang sengit kepada pemanah-pemanah dari pasukan yang lain.

Kedudukan pingat kategori MIX TEAM :
1.Emas - Elit
2.Perak - UPM
3.Gangsa - Serantau
4.Keempat - ATM

Laporan disediakan oleh :
Shahriful Nizam Ramli
A.Rahimi Ahmad Sulaiman

No comments:

Post a Comment