Friday, July 8, 2011

Laporan awal hari ketiga Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Ke-2 2011




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tarikh : 08 Julai 2011 (Jumaat)
Masa : 08:00 - 12:00 tengahari
Venue : Stadium Sultan Abdul Halim,Alor Setar,Kedah Darul Aman

HARI KETIGA

Hari ketiga membuka tirai Kejohanan dalam jarak 50 meter dan 30 meter kategori Recurve Lelaki. Sesi latihan rasmi bermula pada jam 08:30 pagi selama 30minit. Tepat jam 09:00 pagi saingan bagi jarak 50 meter dimulakan. Keadaan cuaca amat panas pada sebelah pagi. Jarak 30 meter pula akan diteruskan selepas selesai jarak 50 meter. Berikut disertakan keputusan pada sebelah pagi :

Jarak 50 Meter Lelaki (individu):
1.Mohd Asrizal (ASZS) - 313 mata
2.Mohd Ikram Joni (ASZU) - 284 mata
3.Mohd Alif Adha (ASZU) - 288 mata

Jarak 30 Meter Lelaki (Individu):
1.MohdAsrizal (ASZS) - 327 mata
2.Mohd Ikram Joni (ASZU). - 302 mata
3.Mohd Alif Adha (ASZU) - 316 mata

Mata keseluruhan Berpasukan :
1.Elit - 3753 mata
2.ATM A - 3623 mata
3.ATM c - 3612 mata

Pasukan Pelapis Serantau mendapat tempat ke-8 keseluruhan dengan kutipan mata sebanyak 3449 mata.

Laporan oleh:
Shahriful Nizam bin Ramli

No comments:

Post a Comment