Saturday, July 9, 2011

Laporan hari ke 4 Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Kali Ke-2,2011.




Tarikh : 9 Julai 2011 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Venue : Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah Darul Aman
Cuaca : Panas
HARI KEEMPAT

Kategori recurve lelaki dan wanita individu telah menamatkan saingan pada hari semalam dan akan memulakan saingan hari keempat dengan kategori Recurve Lelaki dan Wanita berpasukan sebanyak 16 pasukan (Recurve Lelaki) dan 8 pasukan (Recurve Wanita). Saingan dimulakan dengan sightest tepat jam 8.30 pagi dengan jarak 70 mtr untuk sesi pemanasan badan dan akan memulakan saingan sebenar jam 9.00 pagi. Berikut disertakan maklumat berperingkat yang melibatkan Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau.

Kategori recurve lelaki berpasukan peringkat kalah singkir (1/8)

ATM D (198) vs Serantau (196)
*pasukan serantau telah dikalahkan oleh pasukan ATM D dan tidak melayakkan diri ke peringkat 1/4(suku akhir).

Sabah (174) vs Pel Kebangsaan A(176)
*pasukan pelapis kebangsaan A telah melayakkan diri dan akan bertemu UPM A pada peringkat suku akhir (1/4)

ATM C (190) vs Pel Kebangsaan B(179)
*pasukan pelapis kebangsaan B kurang bernasib baik setelah dikalahkan oleh ATM C.Ini bermakna ATM C melayakkan diri ke peringkat suku akhir(1/4)

Peringkat suku akhir(1/4)

UPM A (188) vs Pel Kebangsaan A (186)
*pasukan pelapis kebangsaan gagal melayakkan ke peringkat separuh akhir (1/2) yang telah dikalahkan oleh UPM A.

Kategori recurve wanita berpasukan

Berita gembira telah menceriakan kem pasukan pelapis serantau dimana serantau A(ASZS) dan serantau B (ASZU) telah melayakkan diri ke peringkat suku akhir (1/4). Berikut keputusan pada peringkat suku akhir (1/4) yang melibatkan pasukan serantau.

Peringkat suku akhir (1/4)

ATM A (150) vs Serantau A (154)
*pasukan serantau A (ASZS) telah menewaskan pasukan ATM A untuk melayakan diri ke peringkat separuh akhir (1/2)

Serantau B (164) vs UPM A (187)
*manakala pasukan serantau B (ASZU) tidak bernasib baik untuk mengikut jejak pasukan serantau B ke peringkat separuh akhir (1/2)

Peringkat separuh akhir (1/2)

Elit (205) vs Serantau A(ASZS) (148)
*pasukan serantau A (ASZS) angkur dengan kehebatan pasukan elit dengan jarak markah yang jauh.pasukan Elit telah melayakkan ke peringkat akhir manakala pasukan serantau A akan berjuang untuk tempat ketiga.

Peringkat Tempat Ketiga / Keempat

Serantau A(147) vs Melaka (141)
*tahniah diucapkan kepada pasukan serantau A(ASZS) kerana telah mengalahkan pasukan melaka untuk menduduki tempat yang ketiga.

Kedudukan pingat untuk kategori recurve lelaki berpasukan

Emas - pasukan Elit
Perak - pasukan ATM A
Gangsa - pasukan ATM B
Keempat - pasukan UPM A

Kedudukan pingat untuk kategori recurve wanita berpasukan

Emas - pasukan Elit
Perak - pasukan UPM A
Gangsa - pasukan Serantau A(ASZS)
Keempat - pasukan Melaka

Laporan disediakan oleh:
A.Rahimi Ahmad Sulaiman
Shahriful Nizam Ramli

No comments:

Post a Comment