Tarikh : 22 Mac 2012
Masa : 6.00 am-10.00 pm
Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat
Kebangsaan,Majlis Sukan
Negara,Rompin Pahang
Hari keempat kem seperti kebiasaan bermula dengan perhimpunan pagi serta taklimat berkenaan program yang akan berlangsung sepanjang hari. Setelah tamat perhimpunan,atlet menikmati sarapan pagi dan seterusnya jurulatih mengambil alih bagi sesi latihan sukan. Latihan tamat pada jam 8.45 pagi dan atlet kembali berkumpul untuk aktiviti 'management game' yang mana ia dilaksanakan oleh jurulatih rekreasi yang bertujuan membentuk ketahanan mental setiap atlet serta semangat sepasukan. Aktiviti tamat jam 1.00 petang dan atlet diberi rehat sehingga jam 5.00 petang. Kemudian, sesi latihan sukan disambung semula sehingga jam 7.00 mlm. Pada sesi malam pula, satu perjumpaan bersama pengurus sukan diadakan. Antara pengisiannya adalah sesi suai kenal setiap atlet baru dan lama, penerangan berkenaan program pelapis, perbincangan mengenai masalah-masalah atlet sepanjang berada dalam program pelapis serantau dan sesi soal jawab. Program tamat pada jam 10.00 malam.
No comments:
Post a Comment