Tarikh. :21 Mac 2012 (Rabu)
Masa :7:00 am - 10:00 pm
Tempat:Kompleks Rakan Muda Sukan
Air Rompin,Pahang
Hari ketiga kem bermula dengan perhimpunan pagi di perkarangan Kompleks Rakan Muda Sukan Air,Rompin Pahang yang mana sesi taklimat berkaitan program yang akan dilaksanakan sepanjang hari tersebut. Bermula jam 7.30 pagi, atlet dibawa ke dewan kompleks untuk aktiviti senamrobik. Setelah tamat pada jam 8.30 pagi, atlet di arahkan ke kawasan perkemahan untuk membersihkan kawasan tersebut. Jam 9.00 pagi,atlet menikmati sarapan dan diteruskan dengan aktiviti rekreasi iaitu abseiling,orientering dan aktiviti kolam. Aktiviti ini adalah lanjutan daripada aktiviti rekreasi hari kedua. Pada jam 12.00 tengahari,aktiviti rekreasi tamat dan atlet diminta untuk membersihkan kawasan-kawasan persekitaran yang telah diguna pakai. Jam 1 petang,atlet bersiap untuk pulang ke asrama.Bagi sesi petang, jurulatih mengambil alih untuk latihan setiap sukan. Antara latihan yang terlibat pada sesi petang adalah berbasikal,tinju dan olahraga manakala latihan sukan Angkat berat bermula jam 8.30 mlm hingga 10.00 mlm.
No comments:
Post a Comment