Tarikh : 02-05 April 2012
Tempat : Wisma Sukan Majlis Sukan Negeri Kelantan
Pada kejohanan ini, seramai 8 atlet Program Pelapis Serantau dari Akademi Serantau Zon Utara Pulau Pinang dan Akademi Serantau Zon Selatan Johor akan turun bertanding bagi merebut kejuaraan pada setiap kategori masing-masing. Selain itu, turut serta iaitu 6 atlet angkat berat wanita yang berpusat di Pusat Latihan Serantau Kota Bahru Kelantan turut bertanding. Untuk makluman, Pusat Latihan Serantau Kota Bahru adalah pusat latihan baru ditubuhkan pada 15 Mac 2012 yang mana hanya menempatkan atlet Angkat Berat wanita sahaja. Semua atlet akan bertanding buat pertama kali pada tahun 2012 yang mana kejohanan ini juga merupakan kejohanan Angkat Berat yang pertama diadakan merujuk kepada Kalendar PABM. Berikut adalah maklumat atlet Angkat Berat yang akan bertanding pada kejohanan ini:
Sekian Laporan dari Kota Bahru Kelantan
No comments:
Post a Comment