Tuesday, April 24, 2012

PEMANTAUAN AKADEMI SERANTAU ZON SELATAN JOHOR


Tarikh : 23 April 2012 Masa : 9.00 am-10.30 am
Tempat : Akademi Serantau Zon Selatan, Johor
Bil atlet : 27 atlet
Bil Jurulatih: 6 jurulatih

Memanah : Atlet (1 lelaki 10 wanita) Jurulatih (1 lelaki,1 wanita)
Olahraga : Atlet (5 lelaki 3 wanita) Jurulatih (1 lelaki)
Tinju : Atlet (3 lelaki) Jurulatih (2 lelaki)
Angkat Berat : Atlet (4 Lelaki 1 wanita) Jurulatih (1 lelaki)

Sesi pemantauan telah dijalankan di Akademi Serantau Zon Selatan Johor yang mana ia bertujuan untuk meninjau keadaan persekitaran akademi merangkumi tempat penginapan, dewan makan berserta keperluan atlet. Semasa pemantauan berlangsung, sebilangan besar atlet tidak berada di akademi kerana kebanyakan atlet bersekolah, menjalani latihan di luar negeri Johor dan menghadapi kejohanan.

SUKAN

Olahraga
Menjalani latihan bersama jurulatih Azmi Ibrahim di Pahang

Tinju
Menyertai Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan yang berlangsung pada 22-27 April 2012 di Keramat. Seramai 2 atlet Pelapis Serantau yang melapor diri pada 08 April 2012 mewakili negeri Johor pada kejohanan ini. 7 atlet baru akan melapor diri selepas Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2012. Untuk makluman, peninju yang bertanding pada kejohanan ini hanya boleh mewakili negeri sahaja.

Angkat Berat
Sesi persekolahan pada waktu pagi dan akan menjalani latihan pada sebelah petang.

Memanah
Sesi persekolahan pada waktu pagi dan akan menjalani latihan pada sebelah petang.

AKADEMI

Pemantauan akademi merangkumi tempat penginapan dan dewan makan atlet yang mana dewan makan tidak dapat digunakan kerana berlaku limpahan air di kawasan lantai akibat kebocoran di bumbung. Atlet kini makan di kedai makan yang terletak berhampiran akademi. Kedai makan tersebut merupakan hak milik caterer yang menyediakan makanan untuk atlet Pelapis Serantau. Bagi tempat penginapan pula, tiada masalah yang serius bagi tempat tidur dan hanya tandas lelaki dan wanita yang mengalami kerosakan yang mana siling telah runtuh. Perkara ini telah dibawa ke peringkat perbincangan antara pihak pengurusan Akademi dan Majlis Sukan Negeri Johor yang mana persetujuan telah dicapai untuk menanggung kos baik pulih secara bersama.

AKTIVITI AKADEMI

- Kelas agama untuk atlet Pelapis Serantau akan diadakan sebulan sekali dalam masa yang terdekat. Pihak pengurusan hanya menunggu jawapan dari Jabatan Agama Daerah untuk memutuskan tenaga pengajar.

- Cadangan untuk mengadakan kelas tambahan di akademi untuk atlet yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini. Pihak pengurusan akan berbincang dengan pihak sekolah bagi mendapatkan guru yang dapat mengajar di akademi.

Sekian.

Syamsul Afzan Mohd Nor

No comments:

Post a Comment