Tuesday, April 24, 2012

PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT AKADEMI SERANTAU ZON SELATAN JOHOR



Tarikh : 23 April 2012
Masa : 4:00 pm-5.00 pm
Pusat Latihan : Pusat Latihan Angkat Berat Akademi Serantau Zon Selatan Johor
Kehadiran : Atlet (4 lelaki 1 wanita) Jurulatih (1 lelaki)
1. PUSAT LATIHAN
Pusat Latihan Angkat Berat Akademi Serantau Zon Selatan Johor
2. JURULATIH
Stefan Hristov Stefanov
3. ATLET
i. Loro Welkinson Peuji (kat 62 kg)
ii. Mohd Ekhwan Abd Aziz (kat 85 kg)
iii. Bayrey Barry Englebert (kat 69 kg)
iv. Mohd Hazril Huzairi (kat 62 kg)
v. Nor Shahida Abdul Halim (kat 69 kg)
4. SESI LATIHAN
i. 1 sesi - 3 jam (4.00 pm-7.00 pm)
ii. Latihan - Snatch Classic (maximum)
- Jerk Classic (maximum)
- Back Squat (80 %)
- Pull (80 %)
5. PERALATAN
Peralatan sedia ada :
i. 3 platform
ii. 2 set Angkat Berat
iii. 1 bar
iv. 3 set jerk block
v. 2 set pull block
Peralatan yang telah diperolehi:
i. Kasut Pertandingan
ii. Tali pinggang
iii. Trunk (pakaian angkat berat)
iv. 2 buah platform
v. 1 set angkat berat Zhangkong (diterima pada hari ini 23 April 2012)
6. PERTANDINGAN
Pertandingan yang telah disertai adalah Kejohanan Angkat Berat Terbuka Kebangsaan 2012 Kelantan pada 02-05 April 2012.
Rumusan Pencapaian atlet Angkat Berat ASZS pada kejohanan tersebut:
i. Mohd Ekhwan Abd Aziz (Kat 85 kg)
Snatch – 105 kg (tempat ke 6)Clean n Jerk -135 kg (tempat ke 6)
Tiada peningkatan angkatan
ii. Loro Wilkinson Peuji (Kat 62 kg)
Snatch – 102 kg (emas) Clean n Jerk-128 kg (perak)
Peningkatan angkatan bagi Snatch –(1 kg) dan Clean n Jerk (8 kg)
iii. Mohd Hazril Huzairi (Kat 62 kg)
Snatch- 101 kg (gangsa) Clean n Jerk - 126 kg (gangsa)
Tiada peningkatan angkatan (mengalami kecederaan bahu)
iv. Barrey Barry Englebert (kat 69 kg)
Snatch – 95 kg (tempat ke 5) Clean n Jerk (tiada angkatan)
Tiada Peningkatan
v. Norshahida Abdul Halim (kat 69 kg)
Snatch – 70 kg (perak) Clean n Jerk – 90 kg (perak)
Peningkatan angkatan bagi Snatch (3 kg) dan Clean n Jerk (3 kg)
Kejohanan akan datang yang akan disertai oleh atlet Angkat Berat ASZS adalah pada Karnival Remaja Kebangsaan 2012 yang akan berlangsung di Kuantan, Pahang pada 23-27 Mei 2012.
7. ULASAN
i. Pada kejohanan yang pertama, pencapaian 2 atlet kurang memberangsangkan yang mana Barey Barry Englebert dan Mohd Ekhwan perlu lebih memberi tumpuan terhadap latihan memandangkan Temasya Sukan Malaysia semakin hampir.
ii. Kelengkapan peralatan lengkap dengan penambahan set Angkat Berat dan platform. Proses penambahbaikkan tempat latihan juga telah siap.

iii. Pihak Majlis telah bersetuju dengan lantikan pembantu jurulatih Angkat Berat di Akademi Serantau Zon Selatan iaitu Mohd Saiful Afham. Tempoh lantikan adalah pada 01 Mei 2012 – 31 Disember 2014
iv. Perbincangan bersama jurulatih memaklumkan bahawa cadangan untuk penambahan atlet melalui penilaian semasa Karnival Remaja Kebangsaan 2012. Cadangan penambahan 2 atlet wanita dan 1 atlet lelaki.
v. Jurulatih memohon untuk penambahan penimbang bagi memudahkan atlet menimbang berat badan.
Sekian.


Syamsul Afzan Mohd Nor

No comments:

Post a Comment