Tuesday, September 20, 2011
UJIAN KECERGASAN ATLET SERANTAU
Sesi pagi ini adalah ujian kecergasan kepada semua atlet Pelapis Serantau yang mengikuti Kem Motivasi & Sains Sukan di Akademi Serantau Zon Selatan. Sesi ini dilaksanakan dengan kerjasama dari Pusat Satelit ISN Larkin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
HARI KEDUA KEM MOTIVASI DAN SAINS SUKAN ATLET PELAPIS SERANTAU
Tarikh: 19 September 2011(Isnin)
Tempat: Akademi Serantau Zon Selatan, Johor
Setelah atlet dan jurulatih mendapatkan rehat yang cukup, hari kedua Kem Motivasi dan Sains Sukan Atlet Pelapis Serantau bermula seawal jam 7:00 pagi.Semua atlet dan jurulatih berhimpun di Dewan Terbuka Akademi Serantau Zon Selatan Johor. Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa. Seterusnya, En. Izuwan menyampaikan taklimat program yang akan dilaksanakan sepanjang hari. Setelah selesai perhimpunan, atlet dan jurulatih menikmati minum pagi dan seterusnya menjalani latihan bagi setiap sukan masing-masing. Tujuan latihan sukan diadakan pada kem kali ini adalah untuk menggabungkan atlet dan jurulatih dari setiap akademi dan pusat latihan yang mana mereka dapat menjalani latihan bersama serta berkongsi ilmu untuk membentuk kualiti latihan yang lebih baik bagi program pelapis serantau. Pada jam 9:30 pagi, sesi latihan tamat dan atlet menikmati sarapan pagi. Pada jam 10:30 pagi, kelas bermula yang mana sesi ini melibatkan ceramah kecergasan yang disampai oleh En. Sarkawi iaitu Ketua Unit Satelit ISN Johor. Antara intipati yang terdapat dalam sesi ceramah ini adalah berkaitan prinsip latihan kecergasan serta kecergasan dan pemakanan.Sesi ceramah kecergasan tamat pada jam 12:30 tnghari. Setelah berehat dan makan tengahari sehingga jam 2 petang, sesi ‘team building' bermula. Sesi ini nampak bermanfaat dengan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan yang dapat membentuk semangat kerjasama berpasukan.Selain itu, sesi ini juga dapat menghidupkan suasana ceria sepanjang berlangsungnya kem ini. Sesi team building tamat pada jam 4:00 ptg dan atlet diberi rehat untuk menikmati minum petang. Kemudian sesi ceramah fisioterapi sukan yang dikelolakan oleh En. Mohd Noorfaizalazrul dari ISN. Antara info yang disampaikan adalah berkaitan kecederaan dalam sukan dan kaedah rawatan.Sesi fisioterapi tamat pada jam 6:00 ptg. Pada jam 8:30 mlm, sekali lagi sesi ‘team building' berlangsung dan tamat pada jam 10:30 mlm.
Sekian.
Monday, September 19, 2011
KEM MOTIVASI DAN SAINS SUKAN ATLET PELAPIS SERANTAU

Tarikh: 18 September 2011(Ahad)
Tempat: Akademi Serantau Zon Selatan,Johor
Pihak Cawangan Pelapis MSNM dengan kerjasama USPTN Johor telah menganjurkan kem untuk atlet serta jurulatih pelapis serantau. Kem ini diadakan pada 18-23 September 2011. Tujuan penganjuran kem tersebut adalah untuk mengeratkan silaturahim antara atlet dan jurulatih ASZU,ASZS dan Pusat Latihan Serantau yang lain. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memanfaatkan pengetahuan berkaitan sains sukan, kelebihan yang dapat diperolehi oleh setiap atlet dan jurulatih dari Bahagian Hal Ehwal Atlet, Bahagian Kejurulatihan MSNM serta penyelarasan prosedur ujian kecergasan bagi setiap sukan. Kem ini turut disertai oleh pihak ISN. Seramai 47 atlet dan 14 jurulatih telah hadir melapor diri pada hari pertama kem dijalankan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sesi ‘ice breaking’ yang mana sesi ini bertujuan untuk membentuk suasana yang erat dan mengikis sikap malu bagi diri setiap atlet. Sesi ini bermula jam 8:30 mlm dan dalam masa yang sama, pihak Unit Pelapis Serantau mengadakan mesyuarat jurulatih bagi membincangkan isu serta permasalahan dalam setiap sukan masing-masing. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Pelapis Serantau iaitu En. Izuwan Hj. Arifin. Setelah selesai sesi ‘ice breaking’ dan mesyuarat, sesi taklimat berkenaan kem bermula pada jam 10:30 mlm. Taklimat ini diadakan untuk memastikan proses kem berjalan lancar. Antara perkara yang disampaikan adalah berkaitan pemakaian, disiplin dan perjalanan program. Jam 11:00 mlm, sesi taklimat tamat dan bersurai.
Sunday, September 18, 2011
Kej.Angkat Berat Sirkit Kebangsaan 02/2011(pelapis serantau)
Masa:3:00 ptg-5 :00 ptg
Tempat:MSN Keramat
Pada hari pertama kejohanan,atlet angkat berat pelapis serantau(ASZS)turun bagi penyertaan kategori 63 kg wanita.Atlet tersebut adalah Norshahida Abdul Halim.Beliau bertanding diatas nama negeri Johor.Keputusan yang diperolehi adalah bagi acara snatch,angkatan 63 kg dan bagi acara clean n jerk angkatan 77 kg. Norshahida menduduki tempat ke 3 kategori 63 kg wanita
Sekian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, September 16, 2011
GOTONG ROYONG
Sempena dengan Kem Motivasi dan Sains Sukan Atlet Pelapis Serantau yang akan dikelolakan bersama Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia Unit Pelapis Serantau, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor, Pusat Satelit ISN Larkin, Majlis Sukan Negeri Johor mulai 18hb - 23hb September 2011 di Akademi Serantau Zon Selatan dan juga jamuan Hari Raya Eidilfitri Pelapis Serantau pada 21hb September 2011 jam 8.30 mlm juga di Akademi Serantau Zon Selatan. Satu aktiviti gotong royong dilaksanakan dengan diketuai Edzambry Ambia bagi menyerikan lagi suasana di Akademi Serantau Zon Selatan. Berikut sedikitt gambar-gambar aktiviti gotong royong yang dilaksanakan pagi tadi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, August 26, 2011
Monday, August 22, 2011
MESYUARAT UNIT ASZS 2011
Mesyuarat ini akan dijadikan mesyuarat rutin bagi ASZS bagi menyelesaikan masalah berbangkit.
Sekian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
