Wednesday, May 2, 2012

KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2012


Kejohanan : Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2012
Tarikh       : 02 hingga 06 Mei 2012
Venue       : Lapang Sasar Memanah UUM,Sintok.

HARI PERTAMA

Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2012 membuka tirai kejohanan hari ini dengan penyertaan seramai 36 pasukan dari seluruh Malaysia dan Luar Negara yang melibatkan pemanah-pemanah senior dan junior bagi kategori Recurve dan Compound. Kejohanan kali ini melibatkan penyertaan seramai 348 pemanah dimana 148 pemanah lelaki dan 73 pemanah wanita untuk kategori Recurve manakala 89 pemanah lelaki dan 58 pemanah wanita untuk kategori Compound. Disamping itu sesi pendaftaran bagi pasukan dijalankan pada jam 9.00 pagi dan seterusnya Mesyuarat bersama Pengurus Pasukan. Kejohanan ini dianggap penting sebagai medan pemilihan atlet untuk menempatkan nama seterusnya layak ke Temasya Sukan Malaysia pada bulan Julai nanti di Pahang Darul Makmur. Keadaan cuaca yang panas sedikit membuatkan pemanah letih tetapi itu tidak mematahkan semangat pemanah untuk memulakan saingan pada pagi esok. Saingan para pemanah akan bertambah sengit dengan kehadiran pemanah-pemanah dari luar negara seperti Indonesia, Thailand dan sebagainya. Kejohanan pada hari pertama adalah sesi latihan rasmi untuk semua jarak bagi recurve dan compound disamping pemeriksaan alatan setiap pasukan untuk memastikan semua pemanah menggunakan alatan yang telah ditetapkan.

Sesi latihan rasmi berakhir pada jam 5.30 petang.

Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment