Monday, May 7, 2012

LAPORAN HARI KEEMPAT KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2012

Tarikh : 06 Mei 2012 (Ahad)
Masa : 08.00 pagi hingga 05:00 petang
Venue : Lapang Sasar Memanah UUM, Sintok, Kedah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kejohanan telah memasuki hari keempat dimana saingan Recurve Lelaki dan Wanita Berpasukan akan berlangsung pada sebelah pagi. Untuk Recurve Lelaki dan Wanita sebanyak 16 pasukan akan memulakan saingan dengan latihan rasmi pada jam 8.00 pagi selama 45 minit untuk sesi pemanasan badan. Seterusnya saingan sebenar bagi kategorti Recurve Lelaki dan Wanita Berpasukan dimulakan.

Berikut disertakan keputusan berperingkat bagi acara tersebut :

Recurve Lelaki Berpasukan 
Peringkat kalah mati (1/8)

Pelapis Serantau A vs PM Terengganu
* Pelapis Serantau telah melayakkan diri ke pusingan 1/4 selepas mengalahkan PM Terengganu dengan pungutan mata sebanyak 196-189.

Peringkat Suku Akhir (1/4)

Pelapis Serantau A vs MSN Elit
* Pelapis Serantau telah dikalahkan oleh MSN Elit dengan pungutan mata sebanyak 203-185. Ini bermakna penyertaan Pelapis Serantau untuk Recurve Lelaki Berpasukan hanya sampai di peringkat suku akhir sahaja. 

Kedudukan pingat untuk Acara Recurve Lelaki Berpasukan.
1. Emas - Pasukan East Java 
2. Perak - Pasukan ATM 
3. Gangsa - Pasukan Pelapis Kebangsaan A
4. Keempat - MSN Elit

Recurve Wanita Berpasukan 
Peringkat kalah mati (1/8)

Pelapis Serantau A vs UPM
* Pelapis Serantau telah melayakkan diri ke pusingan 1/4 selepas mengalahkan UPM dengan pungutan mata sebanyak 185-176.

UITM Pahang vs Pelapis Serantau B
Pelapis Serantau telah melayakkan diri ke pusingan 1/4 selepas mengalahkan UITM Pahang dengan pungutan mata sebanyak 159-146.

Pelapis Serantau C vs ATM C
* ATM C telah melayakkan diri ke pusingan 1/4 selepas mengalahkan Pelapis Serantau C dengan pungutan mata 178-157.

Peringkat Suku Akhir (1/4)

East Java vs Pelapis Serantau A
* Pelapis Serantau A telah mengalahkan pasukan dari Indonesia dengan pungutan mata 190 + 25 - 190 + 20. Pelapis Serantau A telah memberi persembahan yang terbaik dan seterusnya layak ke pusingan separuh akhir (1/2). Kemenangan tersebut telah memberi impak dan semangat untuk berlawan.

Red Arrow A vs Pelapis Serantau B
* Red Arrow A telah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dengan pungutan mata 183-170. ini bermakna hanya satu pasukan dari Pelapis Serantau sahaja yang layak ke pusingan seterusnya.

Peringkat Separuh Akhir (1/2)

Pelapis Serantau A vs ATM A
* berita gembira telah mencerikan kem pasukan Pelapis Serantau apabila Pelapis Serantau A telah melayakkan diri ke peringkat akhir selepas mengalahkan pasukan ATM A dengan pungutan mata 168-167 untuk berjumpa dengan pasukan Red Arrow A. Ini bermakna genggaman pingat sudah berada dalam tangan sama ada emas ataupun perak.

Peringkat Akhir

Pelapis Serantau A vs Red Arrow A
* Berita yang amat dukacita telah menyelubungi kem serantau apabila Pelapis Serantau A telah dikalahkan oleh pasukan Red Arrow A dengan pungutan mata 191-170.

Kedudukan pingat untuk Acara Recurve Wanita Berpasukan.
1. Emas - Pasukan Red Arrow A
2. Perak - Pasukan Pelapis Serantau A
3. Gangsa - Pasukan Johor
4. Keempat - ATM A

Tahniah kepada pasukan Pelapis Serantau A kerana meraih pingat dalam acara Recurve Wanita Berpasukan. Diharapkan agar para atlet dapat memberikan saingan yang terbaik selepas ini kepada pemanah-pemanah dari pasukan yang lain. 

Kategori Recurve Lelaki dan Wanita Berpasukan telah berakhir pada sebelah pagi dan diteruskan dengan Kategori Mix Team pada sebelah petang. Sebanyak 16 pasukan telah memberikan saingan pada permulaan. Saingan dimulakan dengan latihan rasmi tepat jam 02.00 petang selama 1 jam untuk sesi pemanasan badan. Seterusnya diteruskan dengan saingan sebenar Kategori Mix Team.

Berikut disertakan maklumat berperingkat yang melibatkan pasukan yang bertanding :

Kategori Mix Team Recurve lelaki (1/8)

UITM Pahang vs Pelapis Serantau
* UITM Pahang telah dikalahkan oleh Pasukan Pelapis Serantau dengan pungutan mata 111-115 dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan suku akhir (1/4).

Kategori Mix Team Recurve lelaki (1/4)

ATM Vs Pelapis Serantau
* Gandingan Mohd Faees dan Nur Aina Yasmin telah membuahkan kejayaan setelah menewaskan pasukan dari ATM dengan kelebihan mata sebanyak 06 mata. Pasukan Serantau layak ke Separuh Akhir dengan kutipan mata sebanyak 130-124.

Kategori Mix Team Recurve lelaki (1/2)

Pelapis Serantau vs Pelapis Kebangsaan 
* Perjuangan Pelapis Serantau berhenti di peringkat separuh akhir apabila dikalahkan oleh pelapis Kebangsaan dengan pungutan sebanyak 143-117. Ini bermakna Pelapis Serantau akan bertemu Pulau Pinang untuk menentukan kedudukan gangsa mahupun keempat.

Tempat Ketiga dan Keempat Mix Team Recurve 

-Pasukan Serantau tewas sekali lagi ditangan Pasukan Pulau Pinang dengan pungutan mata 131-136.

Johan dan Naib Johan :
-Pasukan Pelapis Kebangsaan tidak dapt mengekalkan momentum sebagai juara setelah tewas ditangan Pasukan dari Indonesia East Java dengan pungutan mata 144-134.

Kedudukan pingat kategori MIX TEAM :
1.Emas - Pasukan East Java
2.Perak - pasukan Pelapis Kebangsaan
3.Gangsa - Pasukan Pulau Pinang
4.Keempat - Pelapis Serantau.

Selepas tamat semua acara pada hari ini, Majlis Perasmian Penutup telah dijalankan dimana Pengarah Pusat Sukan UUM Encik Shafri Rejab hadir untuk merasmikan Perasmian Penutup Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2012. Maka Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2012 kali ke-27 telah melabuhkan tirai dengan rasminya. Diharap kejohanan seperti ini dapat diteruskan lagi untuk memberi peluang-peluang kepada pemanah baru mahupun lama untuk mempamerkan persembahan. Semoga kita berjumpa lagi dan "Majulah Sukan Untuk Negara".

Sekian, Terima Kasih.

Laporan Disediakan Oleh:
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

No comments:

Post a Comment