Thursday, May 3, 2012

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2012

Kejohanan : Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2012
Tarikh        : 03 Mei 2012 (Khamis)
Masa         : 8.00 pagi hingga 12.45 tengahari
Venue       : Lapang Sasar Memanah UUM, Sintok.

HARI PERTAMA (PAGI)

Hari ini merupakan hari permulaan di mana saingan sebenar akan bermula dengan menguji kekuatan mental dan fizikal pemanah di tambah pula dengan iringan doa dan harapan daripada kami selaku pegawai dan jurulatih yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan pemanah-pemanah daripada Pelapis Serantau berjuang sehingga titisan terakhir. Saingan dimulakan dengan sightest tepat jam 8.00 pagi dengan jarak 90 meter untuk sesi pemanasan badan dan akan memulakan saingan sebenar jam 9.00 pagi. Acara yang dipertandingkan pada hari ini adalah acara untuk jarak 90M dan 70M Recurve lelaki dan 70M dan 60M compound wanita pada sebelah pagi manakala jarak 70M dan 60M Recurve wanita dan 90M dan 70M compound lelaki pula berlangsung di sebelah petang yang bermula jam 2.00 petang.

Berikut disertakan keputusan rasmi acara untuk jarak 90M & 70M Recurve lelaki yang melibatkan Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau.

Jarak 90 Meter Recurve Lelaki

1) Mohd Faees Bin Md Faroud (Serantau Selatan) - 283 / 7
2) Mohamad Ikram BIn Joni (Serantau Utara) - 262 / 28
3) Nur Arif Bin Azli (Serantau Utara) - 237 / 48
4) Mohd Norhairul Nizam Bin Rosdi (Serantau Utara) - 234 / 54
5) Mohd Nur Safwan Bin Mohd Nazir (Serantau Utara) - 225 / 63
6) Muhammad Lukman Fitri Bin Jasli (Serantau Utara) - 223 / 64
7) Mohd Afiq Qayyum Bin Hassan (Serantau Utara) - 202 / 84
8) Chan Ren Ken (Serantau Utara) - 181 / 98

Jarak 70 Meter Recurve Lelaki

1) Mohd Faees Bin Md Faroud (Serantau Selatan) - 297 / 18
2) Mohamad Ikram BIn Joni (Serantau Utara) - 302 / 15
3) Nur Arif Bin Azli (Serantau Utara) - 277 / 47
4) Mohd Norhairul Nizam Bin Rosdi (Serantau Utara) - 262 / 63
5) Mohd Nur Safwan Bin Mohd Nazir (Serantau Utara) - 259 / 65
6) Muhammad Lukman Fitri Bin Jasli (Serantau Utara) - 248 / 83
7) Mohd Afiq Qayyum Bin Hassan (Serantau Utara) - 262 / 64
8) Chan Ren Ken (Serantau Utara) - 250 / 78

Saingan acara Recurve Wanita akan berlangsung pada sebelah petang yang melibatkan atlet pelapis Serantau seramai 11 orang.

Sekian, Terima Kasih

No comments:

Post a Comment