Thursday, May 24, 2012

KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 01/2012 PAHANG




       Karnival Remaja Kebangsaan 01/2012 yang diadakan di Pahang bermula pada 23 – 27 Mei  2012 adalah rentetan daripada Karnival Pelapis Negeri  yang mana hanya nama karnival ditukar. Sebanyak 5 sukan dipertandingkan iaitu Memanah, Angkat Berat, Tinju, Menembak dan Sepak Takraw. Pada kali ini, atlet Pelapis Serantau turut serta memeriahkan karnival ini yang mana melibatkan atlet Pelapis Serantau bagi sukan Angkat Berat, Memanah dan Tinju. Semua yang terlibat mewakili Akademi Serantau Zon Utara Pulau Pinang, Akademi Serantau Zon Selatan Johor dan Pusat Latihan Serantau Kota Bahru Kelantan. Pada 22 Mei 2012, seramai 20 atlet 3 jurulatih (memanah),  10 atlet 4 jurulatih (angkat berat) dan 9 atlet 2 jurulatih (tinju) telah tiba di Kuantan Pahang manakala pada 23 Mei 2012, seramai 6 atlet 2 jurulatih (angkat berat) turut tiba. Penginapan atlet Pelapis Serantau adalah di Grand City Hotel. Satu sesi perjumpaan atlet pelapis serantau juga turut diadakan pada 23 Mei 2012, jam 4:00 petang yang mana ia di pengerusikan oleh En Izuwan Hj Mohd Arifin iaitu Ketua Unit Pelapis Serantau. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk memberi kata nasihat serta semangat kepada atlet yang baru mahupun lama. Semoga atlet Pelapis Serantau dapat mempamerkan prestasi yang terbaik pada karnival ini.

No comments:

Post a Comment