Friday, May 4, 2012

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2012

Kejohanan : Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2012
Tarikh        : 03 Mei 2012 (Khamis)
Masa         : 2.00 petang hingga 11.00 malam
Venue       : Lapang Sasar Memanah UUM, Sintok.

HARI PERTAMA (PETANG)

Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2012 diteruskan lagi pada sesi petang dengan acara jarak 70M & 60M Recurve Wanita dan 90M & 70M Compound Lelaki. Semua pemanah-pemanah bermula saingan tepat jam 2.00 petang dengan latihan rasmi selama 45 minit sebelum memberi laluan kepada hakim untuk pemeriksaan padang selama 15 minit. Saingan sebenar untuk semua pemanah berlangsung tepat jam 3.00 petang. 

Setakat ini semua pemanah berada dalam keadaan baik dan bersemangat untuk mempamerkan prestasi yang terbaik pada petang ini. Kejohanan terpaksa ditangguh sementara waktu berikutan hujan lebat selama 10 minit sebelum saingan diteruskan seperti biasa.

Berikut adalah keputusan rasmi bagi kategori individu wanita dalam acara Recurve Wanita.

Jarak 70 Meter Recurve Wanita

1) Farah Amalina Binti Azhar (Serantau Selatan) - 228 / 45
2) Hannanie Binti Jae Sung Han (Serantau Selatan) - 230 / 42
3) Siti Nor Hatika Binti Ibrahim (Serantau Selatan) - 264 / 21
4) Sunatra A/P Su Chat (Serantau Selatan) - 240 / 37
5) Loke Shin Hui (Serantau Selatan) - 247 / 34
6) Nur Aina Yasmin Binti Yaazahan (Serantau Selatan) - 270 / 17
7) Teoh Wen Zhing (Serantau Selatan) - 176 / 61
8) Nurshaqinah Binti Zainal (Serantau Selatan) - 257 / 27
9) Nur Aliya Binti Ghapar (Serantau Selatan) - 277 / 12
10) Nurul Ain Binti Husin (Serantau Selatan) - 228 / 44
11) Nur Naseha Binti Rusli (Serantau Selatan) - 226 / 47

Jarak 60 Meter Recurve Wanita

1) Farah Amalina Binti Azhar (Serantau Selatan) - 241 / 53
2) Hannanie Binti Jae Sung Han (Serantau Selatan) - 256 / 46
3) Siti Nor Hatika Binti Ibrahim (Serantau Selatan) - 270 / 38
4) Sunatra A/P Su Chat (Serantau Selatan) - 285 / 23
5) Loke Shin Hui (Serantau Selatan) - 256 / 47
6) Nur Aina Yasmin Binti Yaazahan (Serantau Selatan) - 277 / 32
7) Teoh Wen Zhing (Serantau Selatan) - 248 / 50
8) Nurshaqinah Binti Zainal (serantau Selatan) - 264 / 40
9) Nur Aliya Binti Ghapar (Serantau Selatan) - 263 / 41
10) Nurul Ain Binti Husin (Serantau Selatan) - 282 / 25
11) Nur Naseha Binti Rusli (Serantau Selatan) - 236 / 55

Perasmian Pembukaan Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2012 telah berlangsung pada jam 6.00 petang yang telah dirasmikan oleh Ybhg Dato' Zolkples Embong Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Encik Shafri Rejab Pengarah Pusat Sukan UUM, Dato' Baba Deni Naib Pengerusi Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Dato' Hj Abdul Hamid Hj Hassan Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia. Dalam ucapan Ybhg Dato' juga telah memberi amanat kepada pemanah-pemanah supaya jangan mudah putus asa dalam memilih kerjaya sebagai atlet sukan. Lakukan yang terbaik supaya lebih ramai lagi yang mampu mengharumkan nama Negara dimata dunia.

Kejohanan pada hari ini ditamatkan pada jam 7.00 petang.

Pada sebelah malam pula pemanah telah bersiap sedia untuk ke Majlis Munajat Olimpik sempena Sukan Olimpik dan Paralimpik London 2012 bertempat di Masjid Sultan Badlishah, UUM, Sintok, Kedah. Majlis ini adalah anjuran MSNM dimana objektif adalah untuk memohon keberkatan doa kepada atlet-atlet yang telah layak ke Olimpik london. Ia juga adalah landasan terbaik kepada masyarakat untuk bersama-sama warga sukan dalam proses mencapai kemenangan emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik London. Turut hadir dalam majlis ini adalah Prof Madya Dr. Ismail Bin Hj Ishak Pengarah Pusat Islam UUM. Tidak ketinggalan juga Pegawai serta kakitangan MSNM yang hadir.

Aturcara bermula dengan solat maghrib berjemaah seterusnya Majlis Bacaan Yasin & Doa selamat. Selepas itu tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Ustaz Syahidan Abdullah Pensyarah ISANIAH. Dalam tazkirah itu ustaz telah memberi pengertian munajat dalam prospek keislaman. ia juga menekankan semangat kerja supaya ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan mahupun dalam bidang sukan sekalipun. 

Majllis ditamatkan pada jam 11.00 malam dan atlet balik ke hotel berehat untuk kejohanan pada esok pagi.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh :
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

No comments:

Post a Comment